Tiada sebab UMNO tidak dapat memulihkan sokongan rakyat BERPULUH-PULUH ribu perwakilan dan ahli UMNO berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sejak semalam hingga Sabtu ini. Perhimpunan Agung UMNO tahun ini walaupun tiada pemilihan jawatan dalam parti, tetap mempunyai makna yang cukup besar. Ia menjadi titik tolak perubahan kepada UMNO sebelum mengharungi Pilihan Raya Umum Ke-13. Setelah berulang-ulang kali tanpa jemu mengingatkan tentang keperluan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mesti menang pada pilihan raya umum akan datang, nada yang sama diteruskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Taklimat Presiden UMNO di PWTC, petang semalam. Taklimat itu sebagai landasan bagi menentukan perhimpunan kali ini mencapai matlamatnya dalam menjayakan agenda parti Melayu itu. Jadi anggota UMNO kena memperkuatkan parti, selain bersungguh-sungguh mendekati dan mendapat kembali sokongan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu. Tiada sebab UMNO tidak dapat memulihkan sokongan rakyat kepadanya terutama orang Melayu. Di samping itu, sudah banyak kali diperingatkan supaya parti keramat orang Melayu ini bukan hanya berkhidmat untuk orang Melayu tetapi juga kepada kaum-kaum lain. Khamis ini Presiden UMNO dijangka akan menyampaikan satu amanat yang perlu didengar diberikan perhatian oleh semua pemimpin UMNO di peringkat akar umbi. Ucapan dasar itu akan menjadi dokumen penting negara yang bukan sahaja membabitkan masa depan UMNO malah menentukan hala tuju seluruh rakyat Malaysia. Apa pun UMNO yang merupakan parti terbesar dalam negara dengan keanggotaan 3.4 juta orang masih dalam proses pemulihan semangat. UMNO tidak mampu berbalah sesama sendiri lagi, malah harus merapatkan saf bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti membawa keputusan yang memberangsangkan untuk UMNO dan BN. UMNO sebagai parti teraju komponen BN mesti kuat. Kegagalan mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen sudah berlalu. Ia patut dijadikan iktibar. Jangan lagi UMNO terus berbalah hingga dilihat masyarakat umum sebagai parti yang bermasalah. UMNO patut lawan parti pembangkang - PKR, DAP dan Pas, bukan memusuhi sesama dalam parti atau BN. UMNO perlu menjadi juara kepada perpaduan rakyat bagi menjana kemakmuran negara serta keharmonian masyarakat berbilang kaum. UMNO sebagai parti tunjang kerajaan yang memerintah negara perlu menunjukkan contoh terbaik kepada semua parti komponen dan tidak hanya bersandarkan kepada kelemahan parti pembangkang untuk mendapatkan sokongan. Kita sedar, dalam usaha untuk terus memperkuatkan survival bangsa, UMNO hari ini bukan hanya berdepan dengan cabaran menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang yang sentiasa sahaja mencari salah dan silap di samping pelbagai provokasi dan tohmahan dilemparkan, sebaliknya cabaran yang lebih besar lagi adalah berdepan dengan ahli-ahli dalam parti sendiri. Perbalahan dan perselisihan faham antara pemimpin bahagian, cawangan dan juga peringkat negeri harus dielakkan kerana ini akan memberi kesan yang negatif kepada UMNO seterusnya BN bagi menghadapi pilihan raya kelak. UMNO tidak patut mengulangi kesilapan yang sama. Pada perhimpunan kali ini adalah tempat untuk melihat pemimpin UMNO merapatkan barisan dan mempamerkan semangat 1UMNO. |
Wednesday, October 20, 2010
Tiada sebab UMNO tidak dapat memulihkan sokongan rakyat
Label:
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment