Wednesday, November 24, 2010

ADUN BN mahu Harakah mohon maaf

E-Info@DRI


BUTTEROWRTH 24 Nov. - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan Pas, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lepas.

"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin UMNO adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini malam tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]