Tuesday, November 2, 2010

Banjir: Pelajar maut, lapangan terbang ditutup

PADANG TERAP, 2 Nov – Seorang pelajar tingkatan satu mati lemas selepas terjatuh semasa dia sedang memancing di sebuah sawah yang ditenggelami air di Kampung Charok Bongor di sini petang ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Ku Yaacob Ku Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semasa Mohd Zaki Amani Shaari, 13, sedang memancing bersama abangnya.

"Keadaan sawah yang ditenggelami air lebih lima meter menyebabkan Mohd Zaki tidak dapat diselamatkan oleh abangnya selepas dia tergelincir," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mayat Mohd Zaki dijumpai oleh orang kampung kira-kira pukul 6.20 petang semasa warisnya sedang membuat laporan mengenai kejadian itu di balai polis.

"Mayat Mohd Zaki ditemui oleh orang kampung berhampiran tempat dia jatuh," katanya dan menambah mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, tiga penerbangan yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di sini pada petang dan malam ini, dibatalkan ekoran lapangan terbang itu terpaksa ditutup akibat air naik sehingga ke landasan.

Ketua Unit Operasi LTSAH Abdul Rashid Md Yusob berkata, air naik ke landasan itu akibat limpahan banjir dari kawasan berhampiran.

"Ketiga-tiga penerbangan itu melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur, AirAsia ke Kuala Lumpur dan FireFly ke Subang (Selangor)," katanya.

Katanya, empat penerbangan yang dijadual akan berlepas pagi esok turut dibatalkan manakala penerbangan sebelah petang bergantung kepada keadaan.

Jadual pagi esok melibatkan dua penerbangan pesawat MAS ke Kuala Lumpur, satu pesawat AirAsia ke Kuala Lumpur dan satu pesawat FireFly ke Subang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]