PKR perlu dibubar IPOH 10 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran membubarkan sahaja parti itu kerana ia dilihat langkah terbaik dan terhormat dalam usaha membendung pergolakan serta masalah dalaman yang dihadapinya kini. Sambil melahirkan rasa simpatinya, bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, Anwar harus mengambil tindakan drastik tersebut kerana beliau, keluarga dan barisan kepimpinan pilihannya tidak lagi dihormati oleh para pemimpin lain dan ahli-ahli parti sendiri. Anwar satu bebanan - Zulkifli Noordin KUALA LUMPUR 10 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu akur dengan desakan supaya beliau segera berundur daripada dunia politik tanah air kerana Ketua Pembangkang itu bukan lagi seorang pemimpin yang relevan sebaliknya lebih merupakan liabiliti kepada rakyat dan negara. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, permainan politik Penasihat PKR itu didapati semakin hari semakin berbahaya khususnya kepada kestabilan negara. Ahli PKR tulis surat terbuka kepada Wan AzizahKUALA LUMPUR 10 Nov. - Krisis pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendorong seorang ahli parti itu menulis surat terbuka kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail supaya campur tangan atas kapasitinya sebagai Presiden.Menggunakan nama Illam Kubong Dagang, beliau berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mesti menghormati kedudukan dan kuasa-kuasa Presiden selain tidak wajar campur tangan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh Wan Azizah. Desak Anwar: Mohd. Asri tidak tarik balik mahupun menyesalKUALA LUMPUR 10 Nov. - Walaupun dikritik oleh kem pakatan pembangkang kerana mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada politik, bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegaskan, beliau tidak pernah menarik balik kenyataan itu.Katanya, beliau juga tidak pernah menyesal membuat desakan sedemikian terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. 'Saya mahu penjelasan'KUALA LUMPUR 10 Nov. - Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan meminta pucuk pimpinan parti memberi penjelasan berhubung dakwaan berlaku kecacatan serta penipuan dalam pemilihan parti itu.Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata, satu memorandum mengenainya telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti supaya tindakan selanjutnya diambil. ''Walau apa pun, saya buat masa ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehinggalah jawapan hasil daripada penyerahan memorandum itu diterima. |
Thursday, November 11, 2010
HARI INI DALAM SEJARAH : PKR HAMPIR ATAU AKAN KARAM?
Label:
PEMILIHAN PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment