Tuesday, November 2, 2010

Ku Li Pemimpin Kami Bukan Pengkhianat – Bidin Ronggeng

Gua Musang, 2 Nov – Masyarakat Orang Asli hari ini menafikan dakwaan yang  mengaitkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengkhinat kepada kaum berkenaan sebaliknya  Ketua UMNO Gua Musang itu merupakan "lagenda" kepada mereka.

Ketua Kampung Pos Sawai, Bidin Ronggeng berkata mereka yang menuduh dengan dakwaan sedemikian merupakan mereka yang tidak tahu sejarah dan mempunyai agenda politik untuk memburuk-burukkan Ahli Parlimen berkenaan.

Menurut beliau Ku Li merupakan seorang pemimpin yang  begitu komited dan  prihatin serta cakna kepada kaum berkenaan semenjak dulu dan masih tidak berubah hingga ke hari ini.

"Ku Li pemimpin kami. Ku Li banyak bantu kami. Berbanding kerajaan negeri, Ku Li lah pemimpin yang selalu bertanya khabar serta mengambil berat akan keperluan serta pembelaan terhadap kami.

Kenapa dakwaan pengkhianat ini timbul ketika pilihan raya kecil ini.  Susah dan senang Ku Li tetap bersama kami. Bagi kami, Ku Li merupakan pemimpin yang akan kami kenang sepanjang hayat.," katanya.

"Ku Li pemimpin kami. Ku Li banyak bantu kami. Berbanding kerajaan negeri, Ku Li lah pemimpin yang selalu bertanya khabar serta mengambil berat akan keperluan serta pembelaan terhadap kami.

Pas mendakwa Tengku Razaliegh melarikan fail-fail mengandungi permohonan tanah orang asli semasa membawa Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Umah dan menyertai UMNO.

Beliau seterusnya melahirkan kehairanan kenapakah perkara itu ditimbulkan hari ini sedangkan Pas yang mempuyai kuasa kerajaan negeri boleh menyelesaikan soal berkenaan dalam tempoh yang singkat.

"Kita ada angkat permohonan hak milik tanah beberapa kali namun sehingga hari ini sunyi sepi. Jangan kaitkan orang lain untuk menutup penindasan mereka. Itu hanya lakonan semata-mata," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]