Friday, November 12, 2010

MARI, MARI KELUAR RAMAI-RAMAI........

Wakil Rakyat Pas Abai Rakyat Susah, Ahli Iystihar Keluar Parti

ALOR SETAR, 31 Mei – Disebabkan kecewa dan hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Pas, semakin ramai meluahkan perasaan mereka dan bertindak keluar parti itu. Malah mereka beralih menyokong dan menaruh harapan kepada UMNO.
Seramai 18 orang anggota Pas di Alor Binjal di sini bertindak keluar parti itu dan memohon menyertai UMNO setelah sedar bahawa Pas gagal membawa sebarang perubahan kepada rakyat walaupun kini berkuasa menerajui kerajaan Kedah.
Majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu diadakan pada mesyuarat UMNO Cawangan Alor Binjal di sini semalam. Selain borang daripada 18 anggota Pas itu, turut diserahkan ialah 12 borang ahli baru.
Bekas ahli Pas Alor Binjal, Majid Seman, yang menyerahkan borang-borang itu kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Guntor Tobeng Mansor Tobeng, berkata mereka mengambil keputusan menyertai UMNO selepas melihat Pas menerajui kerajaan negeri dengan berkesan selain kecewa dengan sikap pemimpin Pas kawasan berkenaan yang tidak mempeduli nasib rakyat.
“Kesusahan penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu ini tidak dipedulikan oleh wakil rakyat kawasan ini. Pemimpin Pas gagal berbakti kepada rakyat,” katanya.
Guntor Tobeng pula berkata, penghijrahan anggota Pas kepada UMNO membuktikan orang ramai semakin sedar terhadap kelemahan kerajaan negeri.
“Selepas dua tahun memerintah Kedah, kelemahan kerajaan negeri sekarang terlalu ketara, dan banyak masalah rakyat gagal diselesaikan,” katanya

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]