Friday, November 5, 2010

MENGALAS HARAPAN PENGUNDI GALAS.

Post Mortem Pilhanraya Galas dan Batu Sapi.


Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah hanya boleh menjadi kenyataan jika rakyat percaya kepada Barisan Nasional. Ini adalah satu perkara asas yang perlu kita akui dan fahami.

Secara keseluruhannya, tidak ada faktor negara yang boleh dijadikan isu besar di dalam ceramah pilihanraya pati pembangkang kali ini. Atmosfera dan ambience politik, ekonomi dan sosial negara berada di dalam tahap yang terkawal.

Malah, segala pendedahan yang menunjukkan parti PAS telah melakukan kezaliman dan penindasan di negeri Kelantan sepatutnya akan mengunci mulut penceramah-penceramah parti PAS selepas ini. Ianya kerana mereka sendiri melakukan segala tuduhan dan penghinaan yang telah mereka lemparkan kepada UMNO selama ini.

Bagaimana lagi mereka mahu berceramah dan cuba menegakkan benang yang basah?

Sogokan pilihanraya buatan parti PAS.
Malah, kelantangan mereka sebelum ini berselitkan hadis dan Al-Quran tentu akan dipandang sinis oleh ramai orang termasuk penyokong-penyokong parti PAS itu sendiri. Apa tidaknya, selama ini penyokong-penyokong parti PAS sangat berkeyakinan yang parti itu benar-benar islamik dan adil tetapi rupa-rupanya tidak.

Maka, kekecewaan mereka itu pasti akan lebih mendalam kerana parti PAS telah mempermain-mainkan kepercayaan dan akidah mereka bertopengkan Islam.

Parlimen Batu Sapi pula menyaksikan parti SAPP bakal terjerumus jatuh dan mungkin tidak akan bangkit lagi. SAPP telah 'bermusuh' dengan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Kekalahan teruk Yong Teck Lee, Presiden SAPP jelas menunjukkan bahawa rakyat Sabah sudah tidak memerlukan beliau lagi.

Yong Teck Lee yang digelar 'Taiko' Sabah tersungkur tersembam di tangan seorang wanita yang baru kehilangan suami beliau.

Tsen Thau Lin, calon BN yang menang pula mempunyai tugasan dan perubahan di dalam aktiviti seharian beliau. Beliau bukan sahaja seorang ibu tetapi sekarang berjawatan ahli parlimen yang mewakili pelbagai kaum di Batu Sapi. Makanya, komunikasi dan komitmen perlu ditingkatkan selepas ini.

Akan tetapi, kemenangan Thau Lin juga sebenarnya telah mengangkat martabat kaum wanita di arena politik Sabah. Kemenangan beliau itu juga menidakkan kenyataan dangkal Fauziah Salleh, penyelaras pilihanraya PKR yang memperalatkan status 'balu' Thau Lin untuk menjatuhkan kredibiliti calon BN itu. Klik sini

Fauziah Salleh - Entahlah dia ni.

Tetapi akhirnya, Fauziah Salleh itu yang mengigit jari. Satu tamparan hebat kepada penyelaras pilihanraya PKR yang merendah-rendahkan kaum gender beliau sendiri! So, penulis sarankan kepada Fauziah Salleh supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau lebih baik letak jawatan dan jaga makan minum orang di rumah sahaja!

Akhirnya, Barisan Nasional perlu sentiasa diingatkan bahawa kemenangan di Galas dan Batu Sapi bukanlah sesuatu yang perlu dimegah-megahkan. Kemenangan itu sepatutnya dituruti dengan perasaan rendah diri dan menimbulkan keazaman yang lebih tinggi untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat.

Segala kelemahan parti perlu diperbaiki dengan kadar segera!

TRANFORMASI PPUBJ.

KONSEP KESEDERHANAAN YANG DIAMALKAN SEWAKTU BERKEMPEN TERNYATA AMAT BERTEPATAN DENGAN SUASANA TEMPATAN. NAMUN MASIH TERDAPAT PERBEZAAN ANNTARA AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH PARTI DI ANTARA NEGERI. TIDAK MELIHATNYA SEBAGAI MASALAH SEBALIKNYA SEBAGAI SATU PERBEDAAN YANG MEMBERI KITA LEBIH BANYAK LAGI PILIHAN.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]