"Pemimpin-pemimpin dunia mengiktiraf kejayaan kita... bererti bahawa dia (Anwar) merupakan suara sumbang sebenarnya. "Dan (pandangan Anwar) tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia terhadap Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia Julia Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan BN atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya. Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dua hari lalu, dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal. Tak perlu raikan 13 Mei Mengenai cadangan sesetengah pihak berhubung kolum Cuit Utusan Malaysia baru-baru ini, yangmencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan, Najib berkata tidak perlu untuk menjadikan peristiwa itu sebagai hari yang perlu diperingati. Utusan Malaysia baru-baru ini, mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan sebagaimana Singapura memperingati peristiwa berdarah rusuhan kaum pada 21 Julai 1964 sebagai Hari Keharmonian Kaum.Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedia menimbangkan cadangan untuk menjadikan peristiwa hitam 13 Mei sebagai hari yang diperingati. Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kerajaan belum lagi menerima cadangan atau memikirkan soal itu. |
Thursday, November 18, 2010
MENGAPA ANUU WAR BURUKKAN NEGARA SENDIRI ?
Label:
PEMILIHAN PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment