E-Info@DRI
TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman berjumlah RM59 juta kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said menasihatkan pelajar terbabit supaya menghubungi PTPTN bagi urusan pembatalan kontrak yang ditandatangani sebelum ini semasa mereka membuat pinjaman.
"Jika mereka gagal menghubungi PTPTN, kontrak tersebut dikira terus berjalan dan mereka perlu menjelaskannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Muhibbah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di sini pada Selasa.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata lebih 190,000 peminjam yang dihubungi langsung tidak memberi maklum balas terhadap surat yang dihantar PTPT Nberhubung pembayaran balik pinjaman mereka.
"Saya menasihati mereka supaya menghubungi, atau datang ke pejabat PTPT Nuntuk berunding soal pembayaran balik pinjaman tersebut, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka terbabit," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment