Tuesday, November 2, 2010

Sebelas Sekolah Di Perlis Ditutup Akibat Banjir, Selasa

Sebelas Sekolah Di Perlis Ditutup Akibat Banjir, Selasa

KANGAR: Sebelas buah sekolah di Perlis ditutup esok berikutan banjir yang melanda negeri ini.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, tujuh sekolah rendah dan empat sekolah menengah yang terletak di sekitar kawasan Parlimen Padang Besar dan Arau itu ditutup kerana paras air yang semakin meningkat.

Tujuh sekolah rendah yang terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Panggas, SK Bukit Keteri, SK Arau, SK Padang Melangit, SK Santan, SK Tengku Budriah dan SJK(C) Hua Aik, katanya kepada Bernama di sini, malam Isnin.

Empat sekolah menengah yang turut ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sheikh Ahmad, SMK Arau dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Madrasah Al-Alawiyah Addiniah, Arau.

Mansor berkata, kesemua sekolah terbabit hanya akan ditutup esok dan keputusan sama ada tempoh penutupan itu akan dilanjutkan bergantung kepada keadaan banjir.

"Pada masa ini kami hanya buat keputusan untuk menutup sekolah-sekolah itu esok," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah pelajar dan guru yang terbabit dengan penutupan sekolah itu.

Sebanyak tujuh buah sekolah telah dijadikan pusat pemindahan banjir termasuk SK Titi Tinggi, SMK Datuk Jaafar Hassan dan SK Batu Bertangkup.

Hujan yang berlaku sejak lebih 24 jam lalu berlarutan sehingga malam Isnin dan pasukan penyelamat melakukan rondaan bagi tugas menyelamat di kawasan-kawasan terbabit.

Setakat ini, lebih 1,000 penduduk telah dipindahkan ke 12 buah pusat pemindahan banjir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]