Usaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) untuk mengajak semua media memboikot liputan sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang bermula Ahad tidak kesampaian.

Ini sekaligus menggambarkan bagaimana NUJ macam tidak ada pengaruh langsung sekalipun kesatuan itu sepatutnya menjadi suara mewakili media di negara ini.

Di kalangan media yang dibenarkan membuat liputan sidang DUN di Wisma Darulaman, Alor Star itu masuk buat kerja mereka seperti biasa manakala yang tidak dibenarkan pula disekat di pintu pagar.

Pengawal di situ hanya membenarkan media yang tercatat pada arahan yang ditermanya sahaja masuk.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah merasmikan persidangan DUN Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 Ahad.
Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang ditemui wartawan di luar pagar Wisma Darulaman bersama-sama semua wakil rakyat BN kesal dengan tindakan kerajaan PAS Kedah itu sambil menyifatkan ia telah menafikan hak Sultan Kedah untuk menyampaikan titah ucapan kepada seluruh rakyat negeri ini melalui liputan media massa.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu berkata, ucapan Sultan itu amat penting bagi seluruh rakyat jelata negeri ini yang ternanti-nanti amanat yang hendak disampaikan oleh baginda.
“Tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku di negeri yang mengamalkan demokrasi,” katanya .-14/11/2010




Kerajaan PAS Kedah gam media...mari tengok cakap NUJ laku ke tidak
Larangan kerajaan negeri PAS Kedah keatas sebilangan media membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri selama tiga hari mulai Ahad menjadi ujian pertama samaada cakap Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) ‘laku’ atau tidak.

Berbeza dengan kebiasaan yang melibatkan satu atau dua syatikat media tetapi larangan kali ini melibatkan kebanyakan media arus perdana.


Mengikut larangan yang dikatakan dikeluarkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah semua media lain dilarang membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri itu kecuali Harakah, The Star, Sinar Harian, Sin Chew Daily dan Makkal Osai.

Ini bermakna Utusan Malaysia, Berita Harian, Bernama, TV3,RTM, New Straits Times dan sebilangan lain tidak boleh buat liputan.

Dipercayai larangan ini ada kaitan dengan kemarahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak terhadap laporan mengenai isu bantuan kepada mangsa banjir di Kedah.

Beliau angin satu badan semasa soalan mengenainya diajukan wartawan semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Rabu lalu.

Presiden NUJ Hatta Wahari mengajak semua media memboikot liputan sidang DUN Kedah jika larangan itu tidak dibatalkan.

Ia sekaligus menjadi ujian kepada kekuatan pengaruhnya selaku presiden baru NUJ samada media yang dibenarkan, kecuali Harakah , nak dengar atau tidak cakapnya untuk sama-sama boikot liputan sidang DUN itu.

Larangan kerajaan negeri Kedah ini juga dikatakan kayu ukur sikap PAS terhadap kebebasan media

Ada wartawan yang berkata PAS hanya nampak media lain manupuilasi isu berkaitan dengannya tetapi ‘ tutup mata’ apabila Harakah ‘pakai hentam’ apa sahaja isu melibatkan BN.-13/11/2010




Soalan pasal banjir buat MB Kedah geram….

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak angin satu badan bila wartawan bertanya soal banjir di negeri itu.Beliau jelas tidak puashati dengan isu kelembaban kerajaan negeri hulur bantuan kepada mangsa banjir yang banyak dimainkan media.

Ketika soalan mengenainya ditanya masa sidang akhbar selepas pengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Alor Star Rabu,Azizan minta hal itu ditanya pada Majlis Keselamatan Negara,RTM dan TV3.

Beliau juga kedengaran merungut-rungut sambil minta ‘buat kerja secara Islam’ ketika meninggalkan bilik sidang akhbar.

Sepanjang kejadian banjir di negeri itu ramai mangsa mengadu kepada media kerajaan negeri PAS itu agak lembab dalam menghulurkan bantuan.

Mereka sebaliknya berterima kasih kepada agensi bantuan kerajaan pusat dan pimpinan UMNO tempatan yang segera membantu mereka.-10/11/2010