Tuesday, November 16, 2010

TERKINI : PRESIDEN BONEKA PERTAMA DI MALAYSIA?

Wan Azizah Catat Sejarah “Presiden Boneka”
Oleh: TG AZMAN TG ABAS



Pandangan Penulis : Tahniah le, bukan mudah nak catat sejarah dalam politik nie.........lebih-lebih lagi jadi 'boneka' ......

KUALA LUMPUR 12 Nov – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail disifatkan sebagai presiden boneka yang hanya patuh dan tunduk kepada suaminya, Datuk Seri Awnar Ibrahim dalam mengemudi parti berkenaan.

Bekas Setiausaha Pemuda PKR, Sd Johari Sd Yassin berkata tidak pernah tercatat di dalam sejarah presiden parti sepertimana Wan Azizah yang menyerlahkan kegagalan beliau memainkan peranan sebagai jurumudi parti terbabit.

Menurut beliau apa yang terserlah hari ini jurumudi PKR seolah-olah berada di tangan Awar dan anak emasnya, Azmin Ali yang bebas melakukan apa sahaja dan membuat sebarang keputusan yang melibatkan parti.

“Bayangkan dalam suasana kecoh dan parti tunggang langgang, presiden hanya boleh berpeluk tubuh dan hanya memerhati dariapda jauh. Mungkin Azizah sudah “dirantai” oleh Anwar dan jika Azizah bermaruah, beliau perlu melepaskan jawatan berkenaan.

“Bayangkan dalam suasana kecoh dan parti tunggang langgang, presiden hanya boleh berpeluk tubuh dan hanya memerhati dariapda jauh. Mungkin Azizah sudah “dirantai” oleh Anwar dan jika Azizah bermaruah, beliau perlu melepaskan jawatan berkenaan.

“Saya dan rakan-rakan lain yang berjuang bersama-sama dahulu tahu soal ini, dan saya percaya mereka dalam PKR pun tahu situasi tersebut. Malah Azizah pun mungkin tahu permainan politik licik suaminya itu. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapak. Cuma masing-masing tunggu dan lihat perkembangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas sikap berdiam diri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah berhubung kemelut yang melanda pemilihan parti berkenaan sehingga calon timbalan presidennya, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.

Tegas Sd Johari lagi, jika Azizah berterusan menjadi presiden “pak turut”, beliau akan dikenang selepas ini sebagai presiden boneka pertama di dalam sejarah negara ini.

“Mana ada parti-parti lain mempunyai presiden sedemikian rupa. Malulah sikit….Bagi Anwar, beliau tidak mempunyai perasaaan sedemikian kerana di dalam dirinya tersemat satu perasaan iaitu pentingkan diri sendiri.

“Jika isterinya sendiri sanggup diperlakukan sedemikian rupa apatah lagi orang lain kecuali Azmin yang cukup istimewa buat Anwar,“katanya.

Beliau seterusnya menempelak parti berkenaan yang hanya berdegar-degar bercakap soal demokrasi tetapi pelaksanaannya cukup jauh sekali.

“PKR sebenarnya tidak ada demokrasi. Cuba bayangkan pemimpin mereka sendiri tidak diberikan keadilan, apatah lagi keadilan untuk rakyat. Renung-renungkanlah,“ katanya. -MediaUMNO

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]