KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadangkan kerajaan mewajibkan semua rakyat berusia 21 tahun ke atas mengundi bagi mengelakkan sikap endah tidak endah rakyat terutama golongan muda terhadap tanggungjawab sebagai pengundi.
Presidennya, Dr Muhamad Razak Idris, berkata, pihaknya yakin langkah itu berkesan memandangkan ia sudah diamalkan negara luar, termasuk di Australia yang memberikan surat amaran atau denda kepada rakyatnya yang ingkar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
“Kita juga lihat pendekatan ini (mewajibkan) adalah jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Kita akui sikap rakyat ini, selagi ia tidak diwajibkan, selagi itulah mereka bersikap sambil lewa mengenainya... sampai bila-bila pun masalah ini tidak dapat diselesaikan. Jadi, kita berharap kerajaan mewujudkan satu akta yang mewajibkan mereka untuk mengundi.
“Saya rasakan sudah tiba masanya untuk kita lakukan perkara yang sama di negara. Inilah saja jalan yang saya nampak dapat membantu kerajaan menaikkan jumlah pengundi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata masih terdapat 4.2 juta rakyat negara ini yang layak mengundi tetapi enggan mendaftar dengan SPR bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pengundian.
Beliau berkata, hingga berakhir suku ketiga tahun ini, hanya kira-kira 100,000 atau 2.3 peratus rakyat yang mendaftar sebagai pengundi menerusi pelbagai saluran termasuk parti politik.
Muhammad Razak berkata, selain mewajibkan rakyat mengundi, badan bukan kerajaan (NGO) sosial yang tidak berkepentingan dalam parti politik tampil membantu kerajaan melakukan pendaftaran pengundi di kawasan yang menjadi tumpuan pengundi muda seperti di institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta atau di tempat awam.
“NGO ini boleh masuk ke IPT untuk membuka kaunter pendaftaran untuk memudahkan golongan itu selain memberi penerangan mengenai tanggungjawab SPR dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Kita perlu bersifat agresif, tidak boleh menunggu mereka datang berjumpa kita, sebaliknya kita yang perlu datang kepada mereka,” katanya
Cakap-cakap: 4.2 juta enggan mendaftar sebagai pengundi
2010/11/18
MENURUT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ada 4.2 juta rakyat enggan mendaftar sebagai pengundi. Ini satu angka yang besar. Mereka sepatutnya sedar yang tindakan itu seolah-olah menunjukkan mereka tidak mengambil berat soal pentadbiran negara sedangkan kuasa untuk menentukan pemerintahan sesebuah kerajaan terletak di tangan mereka.
POLITIK EKSLUSIF
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) umumkan 4.2 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum daftar. Saya tak salahkan mereka. Politik Malaysia dilihat sebagai terlalu ekslusif dan menjadi milik parti politik. Isu-isu politik dalam media massa masih berkisar sekitar perebutan jawatan dalam parti-parti politik (intra party) atau antara parti-parti politik (inter party). Politik pertentangan ini menyebabkan rakyat berasa terpinggir.
Rakyat mengharapkan pemimpin pelbagai parti politik berbahas soal-soal kemiskinan, pengangguran, keusahawanan, perubahan iklim, dan isu-isu yang penting bagi mereka – bukan sekadar sewaktu pilihanraya, tetapi sepanjang masa.
Sekiranya politik perebutan kuasa (tertumpu kepada siapa dapat apa) berterusan, saya cukup yakin minat rakyat untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya umum akan datang menjadi rendah.
Adakah ini yang parti-parti politik kita mahukan? Mamat – satu undi pun penting
No comments:
Post a Comment