Roslan semalam melabelkan Speaker Datuk Abdul Halim Hussain sebagai "pengecut" pada akhir perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011. "Saya menafikan bahawa perkataan itu dikeluarkan dalam waktu persidangan DUN semalam. Saya hanya mengeluarkan perkataan itu selepas Speaker mengumumkan persidangan DUN semalam ditangguhkan," katanya. Menurutnya, beliau diarah oleh Speaker supaya keluar dewan semalam kerana membincangkan hal tentang Perbadanan Bukit Bendera. Pada persidangan pagi tadi seorang penyokong kerajaan RSN Rayer (DAP-Seri Delima) meminta dewan mengambil tindakan terhadap Roslan kerana mengeluarkan perkataan "pengecut" terhadap Speaker semalam. Pemangku Ketua Pembangkang di dewan itu, Datuk Seri Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang), berkata tindakan Speaker itu tidak wajar dan tidak harus dilakukan terhadap ADUN BN. "Saya rasa dewan ini tidak begitu adil terhadap wakil rakyat pembangkang dan kami berasa tidak ada apa-apa manfaat lagi untuk duduk dalam dewan," katanya. Umno mempunyai 11 wakil dalam dewan itu. Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga), yang juga Ketua Pembangkang, telah dikenakan tindakan gantung selama enam bulan setelah Jawatankuasa Kebebasan dan Hak mendapati beliau bersalah kerana membangkit isu sensitif dan berusur hasutan pada persidangan yang lalu. "Kami rasakan dewan telah tidak berlaku adil kepada kami, tiada makna lagi untuk kami membahas Bajet 2011," katanya. ULASAN : Kalau dah berpolitik dalam sidang DUN bila pula nak selesaikan masalah pengundi dan rakyat. Masih ada masakah ? Jadi sampai bila pengundi akan dapat seorang wakil rakyat yang dapat menjaga kepentingan mereka.. kerana wakil mereka sibuk menjaga kepentingan parti......Kepada Pengundi di luar sana, adakah ini yang anda mahukan bila undi mereka? |
Thursday, November 11, 2010
WAJARKAH PARTI POLITIK BERPOLITIK DALAM DEWAN?
Label:
DUN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment