Sidang Dewan Rakyat kecoh lagi. Rakyat semakin bosan, muak, mual dengan telatah ahli legislatif yang dipilih menerusi pilihanraya hanya pandai buat 'hal' dalam Dewan yang mulia. Walau pun mereka tahu mengenai fungsi mereka di Dewan sebaliknya perkara lain yang berlaku. Pilihanraya 2008 telah pun berlalu dua tahun, sewajarnya fokus dan tumpuan ditumpukan kepada soal yang berkaitan dengan permaalahan rakyat khususnya pengundi. Persoalannya adakah pengundi telah tersalah pilih wakil legislatif mereka? Jawapannya hanya ada pada pengundi. Jika asyik bertengkar dan bertindak keluar dewan sampai bila mereka hendak berbahas dan menyelesaikan masalah penyokong mereka sendiri? Adakah ini dikatakan bahawa dewan mengalami kemerosotan akibat sikap terlalu gairah nak menduduki Putrajaya? Apa yang diperhatikan bahawa corak berpolitik ahli-ahli Parlimen perlukan satu anjakan baru. Fokus pada rakyat bukannya mempertahankan parti. Tidak dinafikan bahawa sebahagian besar ahli-ahli dewan mewakili satu generasi lama yang rasanya tidak relevan dengan cara dan kehendak pengundi masa kini. Adakah ini petanda bahawa kita perlukan ahli dewan yang lebih rasional dari emosinal? Adakah dengan cara mempopularkan diri mereka di dewan maka akan dapat simpati dari pengundi? Atau pun dengan bertindak begitu akan terus membuatkan pengundi sentiasa bercakap tentang mereka? Ini kerana jika pengundi berhenti berhujah tentang mereka maka pengaruh dan sokongan kepada parti dan calon akan merosot ? Kini masalah rakyat semakin kompleks dan pelbagai sifatnya. Rakyat dan pengundi terus di dedahkan dengan kaedah-kaedah yang tidak relevan dengan permasalahan mereka................Tepuk Dada Tanya ..... |
Wednesday, December 8, 2010
APABILA DEWAN RAKYAT SEMAKIN LESU.........
Label:
DEWAN RAKYAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment