Monday, December 20, 2010

丁能补选乃蔡细历试金石
赢半数华裔票将虽胜犹败

作者/本刊曾薛霏 Dec 17, 2010 03:54:12 pm
【本刊曾薛霏撰述】柔佛州丁能(Tenang)区州议员苏莱曼达哈病逝,致使我国再有一场补选。这是首场在国阵以及马华公会总会长蔡细历老巢举行的补选;评论人黄进发认为,此战是蔡细历的试金石,若国阵获胜,而蔡细历又无法获得半数以上华裔选票将虽胜犹败。
黄进发(右图)告诉《独立新闻在线》,丁能区州议席补选的意义在于,这是柔佛的第一场补选,而柔佛又是国阵的堡垒,因此这场补选将检验柔佛是否如国阵所言,稳如泰山。
他表示,如果国阵赢,他们的选票来自哪里将极为关键。由于拉美士是蔡细历的老巢,这将是蔡细历的翻身战,因此马华公会不只要赢华人票,也得赢得漂亮。有鉴于此,蔡细历如果无法拿到半数或以上的华裔选票,虽胜犹败。
独立民调中心研究员陈承杰认为,国阵守土不是问题,但是可得到多少张多数票将是有趣的观察。
也是柔州子民的他表示:“在蔡细历当上马华总会长后,能否扭转上届大选在华裔投票站处于劣势的局势,将是个有趣的情况。这也决定了蔡细历能否以更好的成绩让巫统邀功。”
此 外,黄进发认为,丁能州议席补选将有助于人民检验,国阵在上个月甫落幕的吉兰丹加腊士(Galas)州议席补选以及沙巴州巴都沙比(Batu Sapi)国会议席补选中获胜是一个民心真的回流国阵的趋势,抑或只是地域性因素使然。这两个选区都属于边陲选区。在这些地区,国阵打出的发展牌都能奏 效。
华裔在308大选投在野党
2004年和2008年全国大选拉美士国会选区的成绩显示,蔡细历在2004年以1万729张多数票,打败民主行动党的候选人郑月雁;在2008年,其儿子蔡智勇只以4094张多数票击败行动党的候选人张颖群。
若审视丁能区州选区以华裔占大多数的投票区——拉美士市东区(Bandar Labis Timor)、拉美士中区(Bandar Labis Tengah)和拉美士(Labis),回教党候选人可获得50%至67%的选票。
在拉美士中区,华裔选民占96%,回教党得票66.8%;在国会选区,行动党得票73.8%。
在华裔选民占63.5%的拉美士东区,回教党得票52.5%;行动党得票57%。在华裔选民占58.3%以及印度人占32.4%的拉美士,回教党获得50.6%;行动党则得票60.4%。
由此可见,华裔选民在308大选时已将票投给在野党,在这些以华裔为主的投票区,在野党的得票率领先国阵。
回教党副主席沙拉胡丁(Salahuddin Ayub)表示,在民联的合作之下,他相信可让回教党得到华裔选民的支持。反之,争取垦殖民的支持才是该党的挑战。
民联须争取马来垦殖民票
另外,丁能区是国阵传统的堡垒区,是个混合选区,也属半城乡选区。这个选区共有13个投票区(Unit Peti Undi)。
根据2008年大选的资料,丁能区的种族比例为,马来人49.66%、华人38.13%、印度人12.11%以及其他种族0.1%。
由于这个选区的马来选民多少从事农业经济活动,如油棕或橡胶,陈承杰认为,由于原产品价格高涨,因此人民并不太有经济困难。至于,当地的华裔则多是小园主或商人,因此经济情况也不赖。
垦 殖民之子协会(Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan,简称ANAK)成员在主席玛兹兰(Mazlan Aliman,下左图)接受《独立新闻在线》电访时表示,在丁能州选区内有三个垦殖区——丁能园丘(Felda Tenang)、贞巴西区(Cehmpal Barat)、贞波拉(Chemplak),这些都是国阵的强区,因此回教党这次要胜选,必须提高垦殖区的支持。
他认为,回教党应专注争取垦殖区第二代和第三代年轻选民的支持,因为他们都面对没有房屋和薪资低廉的问题。这些居住在垦殖区的第二代或第三代垦殖民,都只能在园丘内当劳工。
丁能园丘(Felda Tenang)的马来人占了98.5%,国阵的支持力量仍稳固,回教党仅能取得20.4%的票数;行动党在国会也只能取得10.2%的票数。至于在贞巴西区、贞波拉这两个垦殖区,回教党分别获得18.6%以及18.7%的票数。
若审视数个马来人占90%以上的投票区,如甘榜仁东(Kampung Rendong)、热水湖镇(Pekan Ayer Panas)、沙哇巴鲁(Sawah Bharu),回教党的得票率都介于18%到32%之间。
值 得注意的是,在2008年大选时,印裔的投票趋向有两种不同的情况:在以印裔占46.6%的武吉拿督园丘(Ladang Bukit Dato),国阵得票67.9%;但在印度人占71.7%的拉美士北区园丘(Ladang Labis Utara)双方各得半数支持力量。
国阵有望守土惟多少票或减少
虽然陈承杰认为,国阵有望守土,但民联有可能可将多数票将减少至1500票。他认为,当地居民也面对一些课题,如柔佛州水费高涨问题、年轻人口外移的问题。
柔州峇吉里国会议员余德华曾发文告透露,在柔州水费未调整前水费前,家用水费每单位是马币98分,工业用水则是马币2元93分。现在柔州家用水费为马币1元5分,涨了6.68%至57% ;工业用水涨了0.15%至17%。【点击:柔州家用和工业水价再调高 余德华:人民尝私营化恶果】
此外,年轻人口外移的问题都是我国许多小镇面对的问题。随着年轻一辈离开拉美士到外地工作,特别是新加坡,导致该地人口都以年长者为主,久而久之,小镇将逐渐老化,而缺乏生命力。
根据陈承杰(右图)的观察,当地的马华公会服务不错,而许多老一辈的选民都倾向支持国阵,因此,国阵有望守土。然而,当地也出现缺乏发展的问题。
黄进发也认为,这场补选的成绩也是对纳吉经济改革的考验。
黄进发说,国阵在今年7月16日调涨燃油、天然气和白糖价格,但仍可在加腊士和巴都沙比 补选报捷;随着政府这个月再调涨燃油、天然气和白糖价格,国阵若仍可在即将举行的补选中获胜,纳吉将认为,选民认同政府削减津贴的做法。
反之,若国阵在这场补选中陷入苦战,则意味着首相署部长兼表现管理和传递单位(PEMANDU)行政总裁依德利斯嘉拉(Idris Jala)所主张的“津贴合理化”(Subsidy Rationalization)政策便可以搁在一旁。
随着表现管理和传递单位建议落实燃油消费税,向消费者征收燃油消费税,这意味着油价将调涨。此外,内阁已批准了调涨电费,因此下一波“涨”潮即将来临。
他也直言,三万多个丁能区选民的选票将决定着我国人民接下来是否须支付更高的油价和电费。

TERJEMAHAN

PRK ke-14: Chua Soi Lek tak Tenang?

Chen Shaua Fui | Dec 17, 2010 06:54:28 pm

 
Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi.  PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis.
Pengkaji politik Wong Chin Huat (gambar kanan) berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek.  Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan.  Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau menekankan bahawa ia merupakan PRK pertama di negeri Johor, iaitu kubu BN, dan ia menguji sejauh manakah benarnya dakwaan BN, bahawa Johor masih kubu yang kukuh untuk BN.
Jikapun BN menang, "dari mana undi itu datang" menjadi persoalan penting.  Labis merupakan kubu Chua Soi Lek, yang diwarisi dari bekas Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004.  Chua yang tidak bertanding dalam PRU pada tahun 2008 berikutan terdedahnya skandal seks dirinya, menyerahkan kerusi ini kepada anaknya, Chua Tee Yong, yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Kemenangan membawa makna kalah jikalau...
Justeru itu, PRK ini merupakan pertarungan Chua Soi Lek untuk bangkit semula.  Bukan sahaja MCA perlu memenangi undi Cina, malah BN perlu menang dengan majoriti yang besar.  Oleh itu, jikalau Chua Soi Lek gagal meraih 50% atau lebih undi Cina, maka kemenangan itu memberi makna kekalahan.
Pengkaji Merdeka Center, Tan Seng Keat pula berkata, BN mungkin tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi ADUN ini, tetapi undi majoriti dalam PRK ini menjadi tumpuan ramai, yang harus diteliti.
Tan Seng Keat yang juga seorang penduduk Johor berkata, "Ia sesuatu yang menarik sama ada Chua Soi Lek mampu mengembalikan sokongan Cina yang memihak kepada pembangkang pada PRU lalu.  Dan ia bakal menentukan sama ada Chua mampu membuktikan jasa diri kepada UMNO dengan prestasi yang lebih terserlah."
Selain itu, Wong Chin Huat berkata, PRK Tenang membantu rakyat untuk menilai sama ada PRK Galas dan PRK Batu Sapi yang memberi kemenangan kepada BN itu adalah pola "kembalinya sokongan kepada BN", ataupun sekadar disebabkan faktor tempatan.  Kedua-dua Galas dan Batu Sapi adalah kawasan pinggiran, maka strategi BN untuk menekankan "pembangunan" agak berkesan.
8 Mac 2008: Pengundi Cina memihak pembangkang
Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis.  PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi.
Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan dipertandingkan oleh calon PAS.  Seandainya diteliti, di kawasan di mana nisbah populasi pengundi terdiri daripada majoriti Cina, seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis - calon PAS mampu memperolehi 50% hingga 67% undi.
Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi.  Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi.  Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi.  Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%.
Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin PAS akan mendapat sokongan Cina dengan kerjasama Pakatan Rakyat.  Sebaliknya, cabaran PAS adalah untuk mendapatkan sokongan peneroka FELDA.
PR harus menarik sokongan peneroka FELDA
Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN.  Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India dan 0.10% lain-lain.
Tan Seng Keat menjelaskan, pengundi Melayu di sini kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian, misalnya kelapa sawit atau getah.  Oleh itu, kenaikan harga bahan mentah mungkin melegakan mereka dari segi ekonomi.  Penduduk Cina pula kebanyakannya pekebun atau peniaga, dengan keadaan ekonomi yang agak baik.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata terdapat tiga kawasan FELDA di Tenang, iaitu FELDA Tenang, Cehmpal Barat dan Chemplak - kesemua ini adalah kawasan kubu BN, maka PAS perlu menarik sokongan di kawasan FELDA seandainya ingin menang.
Mazlan Aliman berpendapat, PAS harus tumpu untuk menarik sokongan pengundi muda generasi kedua dan ketiga kawasan FELDA, kerana mereka berdepan dengan masalah tiada rumah dan gaji rendah.  Generasi kedua dan ketiga di kawasan FELDA ini hanya boleh menjadi buruh di ladang.
Di FELDA Tenang yang terdiri daripada 98.5% Melayu, sokongan BN masih teguh.  PAS hanya meraih sokongan 20.4% undi dan DAP hanya memperoleh 10.2% undi.  Malah di kawasan Cehmpal Barat dan Chemplak, PAS memperoleh 18.6% dan 18.7% undi masing-masing.
Seandainya dilihat pada kawasan yang terdiri daripada lebih 90% Melayu, seperti Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu, undi yang diperolehi PAS hanya berada antara 18% dengan 32%.
Apa yang menarik, komuniti India memperlihatkan dua pola pengundian yang berbeza dalam PRU 2008.  BN memperolehi 67.9% undi di Ladang Bukit Dato yang terdiri daripada 46.6% pengundi India.  Tetapi di Ladang Labis Utara yang terdiri daripada 71.7% India, kedua-dua pihak memperolehi 50% sokongan.
Majoriti BN mungkin berkurang
Walaupun Tan Seng Keat (gambar kanan) meramalkan bahawa BN mampu mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi beliau menganggap PR mampu mengurangkan undi majoriti kepada 1,500 undi.  Beliau berkata, penduduk tempatan berdepan dengan masalah seperti kenaikan tarif air di Johor, pemindahan generasi muda ke luar negeri dan sebagainya.
Menurut satu kenyataan ahli parlimen Bakri-Johor, Er Teck Hwa sebelum ini, tarif air domestik di Johor telah meningkat dari 98 sen kepada RM1.05, di samping air industri yang berharga RM2.93 seunit pula mengalami peningkatan antara 0.15% hingga 17%.
Selain itu, Tenang berdepan dengan masalah pemindahan orang muda ke luar negeri.  Ramai daripada generasi muda di Labis telah bekerja di luar negeri, terutamanya Singapura.  Lantaran daripada itu, warga tua menjadi penduduk utama di kawasan pekan di situ.  Penuaan penduduk bertambah ketara, semakin hari semakin hilang dinamiknya pekan ini.
Menurut pemerhatian Tan Seng Keat, MCA menawarkan perkhidmatan di tempatan yang agak baik, dan generasi tua Cina bercenderung untuk mengundi BN.
Pengundi Tenang tentukan harga minyak dan elektrik
Bagaimanapun, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Tenang sebagai ujian terhadap langkah transformasi ekonomi Najib Razak.  Wong berkata, BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi pada November walaupun menaikkan harga minyak, gas dan gula pada 16 Julai 2010.  Seandainya BN masih menang dalam PRK Tenang yang bakal berlangsung, setelah kenaikan harga baru-baru ini, maka Najib akan berkata pengundi merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.
Sebaliknya, seandainya BN berdepan dengan pertarungan sengit dalam PRK ini, maka Menteri Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Idris Jala perlu mengetepikan subsidy rationalization-nya.  Selain itu, gelombang "harga naik" bakal membadai rakyat dengan cadangan PEMANDU untuk mengenakan fuel consumption tax, dan keputusan kabinet untuk meluluskan kenaikan tarif elektrik.
Dengan terus-terang Wong Chin Huat berkata, kira-kira 30,000 pengundi kawasan Tenang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia - sama ada untuk menanggung harga minyak dan elektrik yang lebih tinggi atau sebaliknya.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]