Wednesday, December 1, 2010

KETUANAN RAKYAT, KETUANAN MELAYU DAN KETUANAN RAJA

Ketuanan Rakyat Atau Ketuanan Anwar?

Dalam nak menunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti berbilang bangsa, Presiden PKR, Wan Azizah dalam ucapan perasmian Kongress Nasional PKR ke 7 semalam menggesa agar ketuanan Melayu dihapuskan dan digantikan dengan ketuanan rakyat.
Ketuanan rakyat ini bukanlah satu isu baru, ia isu lama dan telah digunakan Anwar sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan lagi.  Malah Anwar dalam ucapan penutupnya juga bercakap tentang menghapuskan Ketuanan Melayu yang mana dia dahulu antara pendukung yang paling tegar.
Orang yang lama dalam UMNO ketika itu pun tak setegar Anwar dalam mempertahankan Ketuanan Melayu demi menjaga perasaan kaum lain.
Ketuanan Melayu yang kita semua faham ialah merujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan  insitusi beraja yang mana tiada bangsa lain boleh menjadi raja atau sultan melainkan yang terdiri daripada berdarah raja berketurunan Melayu.
Bila Wan Azizah minta dihapuskan Ketuanan Melayu ini adakah ia bermaksud menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan institusi beraja?  Ini sesuatu yang perlu pihak-pihak berkuasa tengok dan kaji jika ada unsur-unsur hasutan.
Balik pada isu ketuanan rakyat tadi.  Jika Pas berselindung di sebalik retorik mengenai Islam (hudud, negara Islam), Wan Azizah pula menggunakan pendekatan yang sama, tinggal lagi berselindung di sebalik rakyat.
Pendek kata, kalau sesiapa cuba menyanggah gaya kepimpinan dalam PKR maka si polan itu akan dituduh sebagai cuba menafikan hak rakyat.
Sebenarnya apa yang ‘ketuanan rakyat’ sangat dalam PKR kalau semua benda pun ditentukan Anwar, malah Azizah sebagai Presiden PKR pun tidak berperanan sebagai mana presiden parti politik yang lain.  Kedudukkan Anwar bukannya ditentukan oleh ahli sebaliknya oleh dirinya sendiri, jadi apa yang hebat pasal ketuanan rakyat yang cuba diperjuangkan Azizah?
Tambah mengejutkan lagi, jawatan Anwar tidak disebut dalam perlembagaan PKR!!!  Ini bukan kita cakap tapi oleh ketua wanitanya sendiri, Zuraida ‘komodo’ Kamarudin yang menggesa supaya jawatan Ketua Umum itu dirasmikan dalam perlembagaan.
Cuma hari ini sahaja Zuraida mengendurkan gesaannya itu dan menyalahkan media kerana ‘menyibuk’.  Yang dia boleh masuk sampai celah apa kain orang, bila media sebut tentang gesaannya, dia kata menyibuk pula.
Itu baru bercakap tentang jawatan Anwar, lihat pula barisan kepimpinan PKR.  Organisasi dalam PKR penuh dengan orang-orang yang diketahui mempunyai hubungan kekeluargaan dan teman rapat kepada Ketua Umum.
Keputusan pemilihan PKR 2010 (yang ditentukan kurang 10% daripada 400,000 ahli PKR) menyaksikan Azmin sebagai Timbalan Presiden dan Nurul Izzah sebagai Naib Presiden dengan undi tertinggi.
Tien Chua seorang lagi Naib Presiden PKR juga diketahui mempunyai hubungan panjang dengan Anwar, begitu juga dengan Fuziah Salleh.  Jadi di mana ‘rakyat’ nak diletakkan?
Jadi kita beranggapan ketuanan rakyat yang disebutkan Azizah dan Anwar hanyalah satu retorik semata-mata, cakap sebelum nak dapat lah katakan, bila dah dapat habuk pun tiada.
Dalam PKR, Anwarlah yang menjadi tuan.  Buktinya, Anwar seperti diktator dalam partinya, menentukkan siapa yang patut dan tidak memegang jawatan-jawatan penting parti.  Dengan sedemikian rupa amalannya, tiada ketuanan rakyat, yang ada hanya ketuanan Anwar.
Penulis menyeru agar rakyat tidak terpedaya dengan dakyah Anwar.  Anwar seperti ”chameleon” yang boleh berubah warna mengikut keadaan dan kesesuaian.

Ketuanan Melayu Berkait Rapat Kesultanan Melayu!!!

Kesultanan Melayu adalah institusi Ketuanan Melayu didalam negara Malaysia ini.
Bilamana Presiden PKR berkata bahawa konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri maka implikasi kenyataannya itu turut membawa akibat kepada kedudukan istimewa Kesultanan Melayu itu sendiri!
Kesultanan Melayu didalam negeri negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini turut menjadi pelindung kepada kedudukan Agama Islam didalam Perlembagaan Malaysia.
Seandainya kedudukan istimewa Kesultanan Melayu yang menjadi lambang Ketuanan melayu ini diganggu gugat maka nasib umat Islam didalam Malaysia ini akan turut terancam kerana tidak akan ada lagi pihak yang mahu mempertahankan kepentingan umat ini.
Makanya orang orang Melayu yang beragama Islam mesti menentang cita cita PKR ingin menghapuskan hak hak Melayu dan kedudukan umat Islam didalam negara ini!
Saya kira kenyataan Presiden PKR Wan Azizah ini adalah terang terangan satu jenayah berat dan ia boleh disabitkan dengan kesalahan dibawah :
Akta Hasutan 1948. Akta 15 Bab 3.1 Kurungan (f) :
bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.
Sam ada anda sedar atau pun tidak, sebarang kenyataan seperti yang dibuat oleh Wan Azizah atau sesiapa sahaja yang mencabar kedudukan istimewa orang orang Melayu dengan mempersoalkan ‘Ketuanan Melayu’ adalah secara tidak langsung sebenarnya mempersoalkan kedudukan Sultan Sultan dan Raja Melayu yang merupakan asas pemerintahan Raja Berparlimen didalam negara ini!
Kedudukan istimewa Kesultanan Melayu didalam Perlembagaan Malaysia menjamin akan kedudukan istimewa orang orang Melayu dan sebarang percubaan untuk menidakkan ‘Ketuanan Melayu’ ini adalah bererti sipenderhaka ini cuba menggulingkan kedudukan Kesultanan Melayu diwaktu yang sama.
Kesultanan Melayu itu adalah menjadi teras kerajaan berparlimen di Malaysia. Tidak ada perpisahan diantara Kesultanan Melayu, Kedudukan Agama Islam dan Ketuanan Melayu didalam Kerajaan Malaysia ini.
Wan Azizah boleh dikira sebagai pengkhianat kepada kepentingan orang orang Melayu yang menganut Agama Islam kerana sudah berani meminta agar kedudukan orang orang Melayu yang mengepalai Kesultanan Melayu dihapuskan!
Mengapakah Kementerian Dalam Negeri masih berdiam diri menyaksikan semua jenayah hasutan ini terbiar tanpa tindakan yang pantas dan tegas?
Tunjukkan lah bahawa KDN masih ujud dan bersiapsiaga mempertahankan kedudukan istimewa Kesultanan Melayu, Ketuanan Melayu dan Islam didalam negara ini dan bertindak lah terhadap sesiapa sahaja yang berani mengeluarkan kenyataan sebegini mahu menghapuskan hak hak umat Melayu Islam seMalaysia!
Saya percaya rata rata umat Islam Melayu seMalaysia tak mahu dengar sebarang ‘amaran’ lagi.
Ini sah sah satu kesalahan jenayah hasutan yang buktinya sudah saya sertakan didalam bentuk video di atas!
Apa KDN mahu menutup mata, memekakkan telinga dan diam membisu lagi?

PKR Dibidas Hipokrit Mahu Hapuskan Ketuanan Melayu

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Saranan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghapuskan konsep ketuanan Melayu sebenarnya merupakan satu tindakan hipokrit semata-mata, kata bekas pemimpin PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Zahrain, bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang berkata cadangan PKR itu sesuatu yang pelik kerana Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memegang jawatan Ketua Pemuda Umno dan Timbalan Perdana Menteri yang beria-ia memperjuangkan ketuanan Melayu.
“Sekarang dia menolak ketuanan Melayu dan membabitkan institusi Raja-Raja Melayu,” katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru berkata ketika Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau yang banyak memberi keistimewaan kepada kumpulan yang menjadi “kroninya” seperti pemberian saham.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail semasa Kongres Nasional parti itu Sabtu lepas, yang mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan supaya anak Malaysia membesar dengan visi “bangsa bermaruah” atau “Melayu Bermaruah”
Kenyataan PKR itu turut menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam melahirkan rasa dukacita kerana terdapat segelintir orang Melayu yang mempertikaikan hak keistimewaan bangsa Melayu serta sanggup menggadaikan  perkataan Melayu itu sendiri untuk dilenyapkan dari dunia ini.
Sementara itu, Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata Anwar sebenarnya telah mendapat banyak keistimewaan daripada konsep Ketuanan Melayu sehingga memberi banyak keuntungan seperti pembelian saham untuk disalurkan kepada kroni-kroninya.
“Kenapa nak mempertikaikan isu ketuanan Melayu sekarang? Selepas dia (Anwar), keluarga dan kawan-kawannya meraih banyak keuntungan daripada konsep ketuanan Melayu tersebut.
“Apa yang diperkatakan oleh pemimpin PKR sekarang untuk menghapuskan ketuanan Melayu ialah menggunakan pendekatan politik ‘cakap tak serupa bikin,” katanya.
Menurutnya sekiranya Anwar menganggap isu ketuanan Melayu yang didokong oleh Institusi Raja Melayu ini sudah tidak relevan, maka beliau sepatutnya menyerahkan kembali darjah kebesaran yang diterima dari Raja-Raja Melayu.

DAP Jangan Rakus Cabar Ketuanan Melayu

KUALA LUMPUR 29 Julai – DAP terus dikecam dan diingatkan tidak rakus mencabar ketuanan Melayu sehingga boleh menimbulkan suasana tegang di dalam negara.
Sehubungan itu, kalangan pemimpin UMNO dan Parti Progresif Penduduk (PPP) mengingatkan DAP jangan mempersoalkan lagi perkara itu jika mahukan perpaduan kaum di negara ini tidak tercalar.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi memberi amaran kepada DAP supaya menghentikan tindakan yang dianggap sebagai usaha untuk mencetus keharmonian kaum di negara ini.
”Sebenarnya isu supaya dibatalkan kuota orang Melayu dalam pembelian rumah adalah propaganda semata-mata kerana agenda sebenar untuk menghapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Puad juga mengingatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhenti dari terus menjadi alat DAP.
”Kini apa yang jelas, DAP semakin berkuasa, itu juga menunjukkan bukti kelemahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya menjadi ‘pak turut’ dan mengikut telunjuk mereka tanpa banyak soal,” katanya.
Beliau berkata, isu ini juga menunjukkan bukti Khalid bersekongkol dengan DAP di mana Melayu di Selangor akan dipinggirkan dan teraniaya di bawah kepimpinannya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar menggelar DAP sebagai ‘cauvinis’ apabila tidak jemu-jemu membangkitkan isu yang menyentuh ketuanan Melayu.
”Lebih menyedihkan apabila orang Melayu sanggup bersekongkol untuk menjatuhkan kaum sendiri,” katanya.
Noh berkata, sokongan daripada Khalid telah menambahkan keberanian DAP untuk terus mempersoalkan hak Melayu.
Sementara itu, Ketua Penerangan PPP, Datuk A. Chandrakumanan berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tidak harus menyentuh hak istimewa Melayu yang sememangnya telah terlindung di dalam Perlembagaan Persekutuan.
”DAP sepatutnya sensitif dan sedar bahawa hak orang Melayu tidak boleh dipertikaikan,” katanya.
Chandrakumanan melahirkan rasa kesal kerana Khalid pula menyokong cadangan Tony Pua semata-mata kerana agenda politiknya.
Sehubungan itu, katanya, kaum Melayu di Selangor dinasihatkan mengambil pengajaran di atas perkara ini di mana mereka akan kehilangan hak jika pembangkang masih diberikan peluang untuk memerintah negeri tersebut. – Utusan/MediaUMNO


No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]