Tuesday, December 21, 2010

KITA JADI PESAING PAS DAN PKR...

Kita parti untuk rakyat: Zaid


PETALING JAYA – Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang keluar parti itu, dilantik sebagai Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) dalam mesyuarat agung luar biasa yang diadakan Tropicana Golf :Resort, di sini, semalam.
Beliau mengambil alih tempat Zakaria Salleh, malah dalam mesyuarat itu juga mereka bersetuju Akim ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) yang turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan parti.
Zaid berkata, jawatan lain dan perlembagaan baru parti akan diumumkan dalam satu mesyuarat parti akan diadakan pada 19 Januari depan, selain itu juga ia berperanan sebagai parti nasional dan mempunyai ahli berbilang kaum.
Menurutnya, parti tersebut akan hanya mempunyai satu cawangan di setiap negeri dan apa yang penting bukan hanya jumlah ahli sebaliknya sokongan yang diberikan oleh rakyat di negara ini terhadap Kita.
“Saya yakin Kita akan menjadi sebuah parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat dan jika sesebuah parti politik ingin maju seharusnya menjadi sebuah parti yang berbilang kaum,” katanya.
Beliau menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar dari PKR pada 9 November lalu.
Zaid berkata, Kita adalah parti demokrasi yang akan menerima mana-mana individu memperjuangkan kepentingan rakyat di negara ini, malah ia menerima siapa sahaja yang mahu melakukan perubahan dalam politik negara.
“Kita tidak mahu mereka yang hanya pandai mengampu dan mempunyai kepentingan diri sendiri dalam Kita, kerana kami mempunyai dasar perjuangan yang berbeza di mana tumpuan diberikan kepada hak serta kepentingan rakyat.
“Ini merupakan parti bebas ia mempunyai ideologi dan dasar, Kita tidak akan menyertai Pakatan Rakyat atau parti pemerintah, sebaliknya jika ada perkara yang dirasakan penting kami akan memberikan sokongan,” katanya yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Zaid berkata, Kita kini mempunyai ahli hampir 300 orang dan diyakini akan menjadi parti yang kuat sekiranya ia mendapat sokongan daripada kesemua barisan kepimpinan parti.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]