Thursday, December 9, 2010

Pengarang mohon semakan kehakiman terhadap penyitaan buku

Link artikel: http://www.bharian.com.my/articles/Pengarangmohonsemakankehakimanterhadappenyitaanbuku/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

2010/12/09

KUALA LUMPUR: Seorang pengarang buku mengenai senario politik Malaysia memohon semakan kehakiman di atas tindakan penyitaan 33 buku hasil tulisannya.

Yong Thye Chong, 72, atau nama penanya Kim Quek dan syarikat penerbitan Oriengroup Sdn Bhd menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Penolong Penguasa Zul Azhar Mokhtar, Ketua Inspektor Nahar Yamen, Penolong Penguasa Mohd Fahmi Daraman Sah dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Beliau menuntut satu deklarasi bahawa penyitaan buku bertajuk "The March to Putrajaya-Malaysia's New Era Is At Hand" pada 19 Ogos lalu di Popular Book Store di Megamall Kuantan, Pahang (20), Melaka Shopping Centre di Ayer Keroh, Melaka (4), Popular Book Store di Cheras Leisure Mall, di sini (6) dan Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Bhd di Universiti Malaya, di sini (3) adalah batal dan tidak sah.

Beliau turut memohon semakan terhadap perintah larangan percetakan, pengimportan, penghasilan dan penerbitan buku tersebut.

Peguam Aston Paiva yang mewakili Yong memberitahu pemberita hari ini bahawa permohonan semakan kehakiman itu telah dibuat pada 3 November lalu dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zawawi Salleh hari ini menetapkan 10 Januari tahun depan untuk mendengar permohonan Yong.

Zawawi menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Aston dan Peguam Kanan Persekutuan Suhaila Haron.

Di dalam permohonan itu Yong, yang juga seorang jurutera bersara mendakwa buku setebal 361 muka surat itu adalah koleksi beberapa rencana yang ditulisnya mengenai hal semasa di dalam dunia politik dan hal ehwal kerajaan Malaysia. Ia diterbit serta diedarkan sekitar Mac 2010.
Katanya, pada 29 September lalu, Kementerian Dalam Negeri telah menghantar surat kepada syarikat penerbitan dengan menyatakan bahawa buku itu mengandungi unsur penipuan dan kebencian serta tuduhan tidak berasas kepada Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, pihak kementerian juga menyatakan bahawa kandungan penerbitan itu dikhuatiri boleh dieksploitasi oleh pihak tertentu bagi menjejaskan imej kerajaan dan boleh menggugat ketenteraman awam.

Katanya, penyitaan itu adalah menyalahi undang-undang kerana ia mengingkari hak kebebasan bersuara sebagai rakyat dan pendapat yang terdapat di dalam buku itu adalah mengenai rencana politik tentang dasar kerajaan yang telahpun diterbitkan di internet antara 2006 hingga 2010.

Katanya, penyitaan dan perintah larangan tersebut adalah ultra vires dan tidak sah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]