Tuesday, December 14, 2010

PKR kemaruk sokongan bukan Melayu

PKR kemaruk sokongan bukan Melayu

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu hanya bertujuan mendapatkan sokongan politik bukan Melayu.

Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, A. Chandrakumanan berkata, tindakan terbaru PKR itu menunjukkan parti itu semakin tenat dan bimbang sokongan politik terhadap mereka semakin luntur.

"Adakah Wan Azizah dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu bahawa perkara yang melibatkan keistimewaan bumiputera dilindungi Perlembagaan Persekutuan?

"Ini hanya menunjukkan bahawa mereka adalah pemimpin yang pentingkan diri sendiri dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita politik," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, perjuangan sebenar PKR adalah jelas iaitu merealisasikan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri.

"Wan Azizah hanyalah orang suruhan dalam parti itu kerana Anwar yang mengawal segala-galanya. Malah pemilihan cabang parti itu baru-baru ini juga menonjolkan lagi kepincangan PKR kerana soal ketelusan yang sering mereka laungkan telah berkubur.

"Amat menyedihkan bagi sebuah parti yang ghairah melaungkan prinsip perjuangan berasaskan keadilan tetapi tidak dapat berlaku adil kepada ahlinya sendiri," katanya.

Menurutnya, gelaran yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pembangkang sebagai pakatan nepotisme atau 'Anak Beranak Sendirian Berhad' adalah tepat.

"Anwar sebagai Penasihat, Wan Azizah pula memegang jawatan Presiden manakala anak mereka, Nurul Izzah sebagai salah seorang Naib Presiden sudah cukup membuktikan segala-galanya.

"Begitu juga halnya dengan DAP yang menyaksikan penguasaan Lim Kit Siang bersama anak dan menantunya dalam parti itu, seolah-olah menunjukkan mereka ketandusan pemimpin berkaliber untuk memimpin parti," katanya.

PANDANGAN PPUBJ : SOALNYA MENGAPAKAH MEREKA YANG DIPERGUNAKAN TIDAK SEDAR LAGI, DENGAN SENDIWARA MEREKA SELAMA INI?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]