Pakatan Pembangkang berjanji manis akan melaksanakan perubahan dalam masa 100 hari jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13? Adakah benar atau bohong semata-mata?
Manakan hendak berjanji 100 hari, janji kepada rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dah beratss hari, tapi tidak juga ditunai. Negeri Kelantan tak payah cakaplah sebab bukan berates malah bertahun-tahun berjanji tapi tak ditunaikan. Janji Pakatan Pembangkang ini telah berjaya mempengaruhi rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Rakyat Kelantan dah termakan dengan janji-janji PAS.
Dan sekarang, Pakatan Pembangkang sedang ‘mencucuk jarum’ janji manisnya ke atas rakyat Sarawak dengan berjanji bermacam-macam sehinggakan secara realistik ia sangat tidak logik. Tidak ketinggalan juga, janji-janji Pakatan Pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang juga dirakamkan semula kepada rakyat Sarawak, kononnya mereka (Pakatan Pembangkang) sedang menunaikan janjinya.
Bagaimana Pakatan Pembangkang hendak menunaikan janji 100 hari mereka sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Pakatan Pembangkang memerintah? Umum mengetahui, Anwar Ibrahim gagal menguruskan ekonomi negara ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan dan pemangku Perdana Menteri ketika era Tun Dr Mahathir. Cadangan Anwar hendak meminjam dan menerima bantuan Bank Dunia dan IMF ketika kegawatan ekonomi pastinya diingati setiap rakyat Malaysia. Andai cadangan itu jadi kenyataan partinya padah menanti Malaysia dengan kadar faedah yang tinggi dikenakan ke atas peminjam.
Contoh terdekat, ketika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Selangor, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah melantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi. Sekarang, lihat bagaimana ekonomi Selangor yang diberitahu Anwar sebagai meningkat dengan pesat. Hakikatnya, ekonomi Selangor terumbang ambing dan diselubungi pelbagai kontroversi seperti kes kecurian pasir dan penyelewangan kerajaan tempatan.
Apa akan jadi kepada Sarawak sekiranya Anwar dan Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya? Rakyat Sarawak sekarang ini banyak diberi ‘virus’ simpati dan fitnah oleh pemimpin Pakatan Pembangkang daripada Semenanjung Malaysia. Setiap bulan ada saja ceramah dan perhimpunan secara haram diadakan walaupun Pilihan Raya DUN Sarawak belum lagi diadakan. Mereka (Pakatan Pembangkang) berjanji sejuta macam dan mahu menjadikan Sarawak seperti Selangor dan Pulau Pinang yang sangat diagungkan mereka. Hakikatnya, Selangor dan Pulau Pinang tidak seperti yang dijangkakan bahkan ‘jauh panggang dari api’.
Pakatan Pembangkang beranggapan rakyat Sarawak mudah ditipu dan dibohongi dengan menjanjikan pelbagai macam janji manis. Mungkin juga mereka beranggapan maklumat dan suasana politik di Semenanjung tidak sampai ke Sarawak. Sangkaan Pakatan Pembangkang, dahulu mungkin benar, tetapi sekarang tidak lagi. Rakyat Sarawak sekarang lebih cerdik dan pandai. Rakyat Sarawak yang tinggal di rumah panjang dan kawasan luar Bandar juga sekarang sudah menerima internet hasil daripada inisiatif kerajaan.
Program 100 Hari Pakatan Pembangkang mengandungi 9 perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan. Dan, dalam terus meraih simpati rakyat, Pakatan Pembangkang akan mengarah Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
Pakatan Pembangkang juga berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
Dalam pada itu, pada ketika ini kerajaan dan BN berusaha mempertahankan Perlembagaan Negara demi rakyat Bumiputera dan kesejahteraan rakyat bukan Bumiputera. Bagaimanapun, kejelasan Perlembagaan Negara tidak akan diubah dan berubah serta tidak akan kekal lama sekiranya kepimpinan dan kerajaan yang ada sekarang tidak dipertahankan. Rakyat harus sedar dan segara menolak DAP yang secara terang membawa budaya pluralisme dalam masyarakat negara ini. Tidak kemungkinan PKR, DAP dan PAS akan melakukan sesuatu ke atas Perlembagaan Negara seperti yang dilaungkan mereka yang memperjuangkan ketuanan rakyat dan menolak Ketuanan Melayu.
Jika ini berlaku, rakyat Sarawak dan Sabah akan menerima padah yang amat malang sekali. Manakan tidak, hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah yang selama ini dijaga rapi oleh Perlembagaan Negara dan kerajaan BN akan terhapus sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih kerajaan.
Apakah selama 47 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia, Sarawak tidak mengecapi pembangunan? Lihat saja pembangunan yang dinikmati rakyat Sarawak di Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri, dan beberapa kawasan lain yang sedang dibangunkan kerajaan. Pembangunan dan kemajuan yang dikecapi Sarawak pada hari ini bukanlah diperolehi dalam sekelip mata. Usaha kerajaan negeri dan keprihatinan kerajaan pusat dalam pembangunan Sarawak tidak akan berhenti bahkan akan berterusan selagi masih di bawah pemerintahan BN.
Sarawak masih memerlukan BN untuk terus memakmurkan Sarawak secara berterusan …
No comments:
Post a Comment