Rombakan UMNO Kedah: Mukhriz akur keputusan parti BUKIT MERTAJAM 11 Dis. – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau akan akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan parti tentang kedudukannya ekoran kemungkinan berlaku rombakan kepimpinan UMNO Kedah menjelang pilihan raya umum akan datang. Ditanya desas-desus mengenai perubahan kepimpinan UMNO Kedah yang bakal menyaksikan beliau dilantik menerajui Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Mukhriz berkata, ia adalah hak prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Perdana Menteri ada menyebut mengenai perkara ini (perubahan kepimpinan UMNO negeri) ketika persidangan UMNO serta konvensyen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini. Justeru ada kemungkinan ia akan dilakukan. “Saya tidak pasti kalau ia melibatkan diri saya tetapi apa juga keputusan parti yang difikirkan wajar, saya terima kerana niat saya berkhidmat untuk parti walau di mana sekalipun,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang ZF Steerings (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini. Mukhriz diminta mengulas desas-desas termasuk di laman-laman blog politik mengenai akan berlakunya rombakan kepimpinan UMNO beberapa negeri termasuk di Kedah yang bakal menyaksikan beliau dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baru. UMNO Kedah kini diterajui Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Cakap-cakap politik juga menyebut, bagi memantapkan jentera UMNO di negeri itu, Mukhriz bakal digandingkan dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai timbalannya. Pada 23 Oktober lalu, Najib ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO berkata, perubahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat tertentu akan diumumkan apabila sampai masanya supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak. Cubaan Awal Jatuhkan Mukhriz : UMNO Kedah Tidak Pernah Insaf Nampaknya UMNO Kedah sudah mula bergolak. Belum pun Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah - "gendang perang" sudah berbunyi. Kenyataan Setiausaha UMNO Kubang Pasu, Shamsuddin Ahmad, tidak ubah seperti seorang budak sekolah rendah. Tahap mentaliti seperti inikah yang masih ada dalam kalangan ahli UMNO Kedah? Alasan yang diberikan oleh beliau, kononnya Mukhriz kurang pengalaman dalam politik Kedah, menyebabkan anak Tun Mahathir itu tidak layak memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tersebut, merupakan hujah yang dangkal lagi jijik. Apakah Shamsuddin lupa berapakah usia DS Najib sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Pahang? Begitu jugan dengan Khairy Jamaluddin, berapakah usia beliau tatkala menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Shamsuddin wajib cermin dirinya terlebih dahulu, sebelum memandai memberi komen. UMNO sekarang bukan lagi seperti dahulu - kita memerlukan orang muda yang mampu menarik sokongan generasi tersebut, agar kembali menyokong UMNO. Soalnya, bolehkah batang tubuh Johari Baharum menarik sokongan orang muda di Kedah agar mengundi UMNO dalam PRU Ke-13 kelak? Bahkan, kalau ditanya kepada sekalian rakyat Kedah, khususnya orang muda, apakah mereka mengenali insan bernama Johari Baharum - saya fikir pasti jawapan mereka - "Tak Kenal". Cuba tanyakan pula siapa yang tidak kenal Datuk Mukhriz Mahathir di Kedah? Susah rasanya untuk bertemu dengan orang yang tidak mengenali Mukhriz Mahathir. Untuk pengetahuan Shamsuddin, hari ini UMNO bukan hanya mahu orang yang berpengalaman semata-mata, sebaliknya, kita lebih memerlukan orang yang popular dan disenangi rakyat. Jangan kita lupa, Johari Baharum dan Shamsuddin pernah membuat "taik" di Kubang Pasu, sewaktu Tun Mahathir bertanding untuk menjadi perwakilan G7 ke persidangan UMNO Kebangsaan di PWTC beberapa tahun yang lalu. Malah, sehingga sekarang isu "RM200" yang diedarkan kepada semua perwakilan UMNO Kubang Pasu, bagi menghalang daripada Tun Mahathir menjadi salah seorang perwakilan G7 - terus menjadi misteri dan tanda-tanya, sehingga sekarang. Politik wang sememangnya berleluasa pada waktu itu, namun cuba disembunyikan oleh UMNO Kubang Pasu daripada pengetahuan umum. Cukup! Johari Baharum tidak layak menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Namanya sudah cukup kotor dan tidak mampu untuk dibersihkan lagi. Soalnya, siapakah Shamsuddin untuk mempertikaikan kehendak DS Najib, sekiranya beliau tetap mahukan Mukhriz untuk menerajui UMNO Kedah? Baca laporan FreeMalaysiaToday di bawah : ALOR SETAR: Pemimpin Umno Kedah boleh menerima sesiapa sahaja menjadi pengerusi baru termasuk anak mantan perdana menteri, Datuk Mukhriz Mahathiz yang juga ahli Parlimen Jerlun. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan perlantikan pengerusi Umno Kedah pada 28 Disember. Ketika ini, pengerusi Umno Kedah disandang oleh Datuk Shafie Apdal, naib presiden Umno dari Sabah sejak April 2009. Bagaimanapun, Setiausaha Umno Kubang Pasu, Shamsuddin Ahmad berkata, belum masa lagi untuk melantik Muhkhriz sebagai ketua perhubungan negeri Kedah. "Beliau belum belajar banyak lagi, masih kurang pengalaman. "Menjadi pengerusi Umno di negeri Kedah yang kalah ini bukan tugas mudah, kerana tugasnya adalah untuk merampas semula negeri ini dari PAS," katanya ketika dihubungi hari ini. Mukhriz, timbalan menteri perdangangan antarabangsa merupakan anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Shamsuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mukhriz menjadi ketua perhubungan Umno Kedah jika dilantik jawatan itu. Menurut Shamsuddin, ada pemimpin lain yang lebih layak dari Mukhriz untuk menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah. "Datuk Johari Baharum (ketua bahagian Kubang Pasu) lebih layak kerana beliau sudah lama dalam politik Kedah," katanya. Ketua Umno Pendang, Datuk Rozai Shafian pula berkata, Umno bahagiannya boleh menerima sesiapa untuk menerajui kepimpinan Umno negeri. Katanya, telah menjadi kelaziman presiden Umno memilih pengerusi sesebuah negeri. "Kita terima Mukhriz. Kalau beliau layak menajdi timbalan menteri, tentulah beliau layak jadi ketua perhubungan Umno Kedah," katanya. |
Tuesday, December 14, 2010
Rombakan UMNO Kedah: Mukhriz akur keputusan parti
Label:
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment