Oleh: AL KAMAROLZAMAN ABD LATIF.
KUALA LUMPUR 1 Julai – UMNO Selangor menyifatkan perkembangan politik pakatan pembangkang di negeri itu yang melibatkan kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai satu sandiwara bagi menutup kelemahan dan kegagalan mentadbir negeri itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, apa yang sedang dilakukan pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanyalah gimik politik bagi membersihkan kesilapan dan ketidakmampuan mereka melaksanakan janji-janji pilihanraya umum lalu.
“Mereka (PKR) sekarang tak mampu nak cakap soal pembangunan di Selangor dan tunaikan janji yang ditaburkan pada pilihanraya lalu. Sebab itu mereka buat gimik politik.
“Bila ada isu politik maka mereka boleh alihkan tumpuan rakyat yang kini makin sedar bahawa mereka tak mampu nak tadbir negeri. Saya yakin lepas ini akan ada isu baru yang dicipta untuk tutup kelemahan sebenar mereka”, katanya ketika ditemui UMNO-Online di parlimen hari ini.
Justeru tegas beliau Barisan Nasional (BN) tidak harus terperangkap dengan gimik atau sandiwara politik murahan seperti ini sebaliknya terus mempergiatkan program dan penerangan parti.
Jelas beliau lagi apa yang berlaku ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim adalah antara langkah awal PKR untuk melantik menteri besar baru.
“Ini kerana selepas dua tahun lebih Khalid ternyata tak mampu tadbir negeri dan rakyat sudah lihat perkara itu.
“Bila kelemahan tersebut tidak boleh ditutup maka mereka akan tukar menteri besar baru untuk membolehkan mereka buat janji baru dengan harapan rakyat rakyat Selangor lupa dengan kegagalan mereka”, ujarnya. – Media UMNO
Kalau Ahli Pun Tak Suka Khalid, Apatah Lagi Rakyat
Oleh Al-Kamarol Abdul Latiff
KUALA LUMPUR, 12 Sept – Tan Sri Khalid Ibrahim bukan sahaja seorang Menteri Besar yang tidak popular di kalangan rakyat malah pemimpin politik yang tidak disukai ahli partinya sendiri, kata bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Hj Yassin mengenai Tan Sri Khalid Ibrahim.
Jelasnya, Khalid bukan sahaja mungkin digugurkan dari jawatan Pengerusi PKR Selangor malah kemungkinan bakal hilang jawatan Ketua Cabang pada pemilihan parti itu pada Oktober nanti.
Beliau berkata, situasi pada pemilihan cabang parti itu nanti bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila Khalid yang juga Menteri Besar Selangor akan dicabar tiga lagi calon.
“Yang cabar dia bukan seorang tapi tiga orang. Ini menunjukkan Khalid bukanlah pemimpin yang disukai atau dihormati ahlinya.
“Kalau ahli sendiri tak hormat dan tak percaya pada Khalid, saya lihat macam mana rakyat boleh percaya dia memimpin negeri. Itu baru peringkat cabang,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor tahun ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila penyandangnya, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor akan dicabar tiga lagi calon.
Tiga calon yang telah mengesahkan akan bertanding menentang Abdul Khalid ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mazli Saring, 42; bekas Ketua Wanita PKR Bahagian Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman, 51, dan pesara guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah, 44.
Pemilihan akan berlangsung pada 3 Oktober iaitu semasa Mesyuarat Agung Tahunan Kuala Selangor 2010 di Stadium Tertutup Kuala Selangor yang turut menyaksikan lebih 100 pencalonan untuk jawatan-jawatan lain dalam bahagian.
Johari seterusnya berkata apa yang berlaku di peringkat cabang sebenarnya satu gambaran mengenai kebolehan Khalid mentadbir negeri Selangor.
“Bagaimana kucar kacirnya cabang macam itulah juga keadaannya pentadbiran negeri.
“Sebab itu baru tak sampai tiga tahun memerintah negeri ini macam-macam masalah berlaku……banyak janji tak ditunaikan, rakyat pula ditimpa pelbagai masalah”, ujarnya. -Media UMNO
Jangka Hayat Khalid Sebagai MB Di Penghujung Jalan?
Oleh: KU AZMAN KU ABAS.
KUALA TERENGGANU 28 Julai – Nampaknya jangka hayat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim makin suram dan kedudukannya di kerusi panas sebagai peneraju pentadbiran negeri makin kelam.
Ini kerana sekutu paling rapat beliau dikatakan berpaling tadah dan berpihak kepada saingannya, Azmin Ali dengan mula menimbulkan pelbagai kritikan terhadap Menteri Besar terbabit.
Mengulas perkara itu, bekas pemimpin PKR,
Lokman Noor Adam turut mengakui perkara berkenaan dan tidak mustahil Khalid bakal terlepas jawatannya dalam masa terdekat dan bakal digantikan dengan MB yang baru.
“Sepertimana yang disebut-sebut, saingan beliau ialah Azmin Ali yang dikatakan cukup rapat dengan Anwar dan tindakan sekutu rapat Khalid yang dikatakan berpaling tadah itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
“Ini kerana sekutu berkenaan mula melihat bibit-bibit kehancuran dan menyedari Khalid tidak akan kekal lama di kerusi panas tersebut. Jadi sebagai langkah awal, beliau mungkin “cabut lari” lebih awal untuk mendapatkan laba politik selepas ini,” katanya kepada
UMNO-Online, ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Sebuah portal mendakwa usaha untuk menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kerusi menteri besar Selangor masih berterusan.
Menurut portal tersebut, seorang wakil rakyat yang juga penyokong kuat Khalid melancarkan kritikan secara terbuka ke atas menteri besar itu. Khabar angin menyatakan, ADUN berkenaan kini berubah haluan untuk berada dalam barisan pimpinan timbalan presiden parti Azmin Ali berikutan pelantikan ahli parlimen Gombak itu ke jawatan pengerusi pimpinan PKR negeri.
Lokman yang juga Exco Pemuda UMNO seterusnya percaya banyak lagi plot drama terbaru akan keluar selepas ini dalam usaha menyingkirkan Khalid.
“Kita tengok apa lagi yang akan keluar selepas ini. Nampaknya soal pasir dan soal pentadbiran lain tidak menarik minat pimpinan PKR untuk mencari jalan penyelesain, tetapi lebih menjurus kepada soal jawatan,”katanya. –
MediaUMNO
Khalid Ibrahim Kian DiPinggirkan
MB PKR Selangor, Khalid Ibrahim sepatutnya bijak membaca isyarat politik. Dalam bahasa mudah, keputusan Anwar Ibrahim melantik Azmin Ali ibarat kata dua supaya Khalid secara terhormat letak sahaja jawatan sebagai MB.
Bukan satu rahsia Khalid tidak perform. Pengalaman politik Khalid kosong! Di bahagian sendiri pun dia tidak mendapat sokongan! Masa dalam UMNO, kalah bertanding di peringkat ketua cawangan!
Kehebatan imejnya sebagai tokoh korporat diragui. Masa di PNB banyak dibantu orang kelilingnya yang hebat-hebat.
Kebobrokan pentadbiran Khalid mula terserlah apabila beliau membiarkan PKR mengutip wang dari beberapa syarikat ketika parti itu meraikan pemerintahan 100 hari di Selangor. Padahnya seorang pegawai khasnya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.
Ibarat menyiram minyak dalam api, ketelusan dan sikap amanah, jujur serta tanggungjawab mempertahankan tingkah laku sopan dan tertib dikecam hebat, apabila dia mempertahankan Exconya, Eli Wong yang gambarnya dalam keadaan “merangsangkan” , diambil oleh kekasihnya tersebar. Khalid dilihat sanggup berkompromi dalam soal akhlak!
Khalid juga membiarkan seorang lagi Exco Ronnie Liu dan dan sekutu-sekutu menguasai pejabat SUK tanpa batas. Ronnie boleh mengecam sesuka hati pegawai-pegawai kerajaan. Membenarkan secara berleluasa penjualan arak, rumah-rumah urut dan kedai judi. Bertindak macam kera dapat bunga.
Selain itu, Khalid gagal menyelia GLC Selangor dengan sempurna. Khalid membuang pekerja melayu dalam GLC dengan pelbagai alasan. Sementara itu pelbagai jawatan baru diwujudkan dan dibayar dengan gaji yang sangat tinggi, jawatan yang diberikan kepada kroni-kroninya.
Kemuncaknya skandal rasuah pasir selangor. Khalid sebut dalam pembentangan Budget kerajaan negeri bahawa dia akan dapatkan RM150 juta hasil pasir untuk Selangor. Selepas setahun hanya sumbang RM4.6 juta. Ini merupakan skandal yang terbesar yang mungkin melibatkan rasuah jutaan ringgit sebulan.
Khalid juga gagal merancang dan membangunkan Selangor. Jalan berlubang, sampah sarap tidak dikutip mengikut jadual. Ekonominya semakin merudum.
Zaki – Shah Alam
No comments:
Post a Comment