Friday, December 24, 2010

TAHNIAH KEPADA PELAJAR PMR YANG BERJAYA MENDAPAT 8 A.

  














Kepada pelajar-pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran dan kepada yang kurang berjaya tingkatkan usaha anda di masa akan datang.

1,137 dapat semua A di Melaka

MELAKA 23 Dis. - Seramai 1,137 daripada 13,839 pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Oktober lalu mendapat A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan tersebut.
Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Juliah Leman berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan seramai 63 orang berbanding PMR 2009 iaitu 1,074 orang yang mendapat A daripada 14,215 pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut.
Menurutnya, 18 buah sekolah didapati mendapat lebih 10 peratus pencapaian A dalam semua mata pelajaran, bertambah dua sekolah berbanding PMR 2009.
''Kita berbangga dengan pencapaian ini apabila 1,137 calon PMR lalu mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran, ia menunjukkan peningkatan berbanding 1,074 orang pada PMR 2009 lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]