Friday, December 24, 2010

UJIAN BUAT GHANI OTHMAN DI TENANG.

Ghani Bakal Ketuai Kempen BN Di DUN Tenang

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari mengumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman akan mengetuai kempen pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari depan .

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun bersetuju bahawa Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman selaku Pengerusi Perhubungan BN mengepalai kempen sebagai Pengarah Pilihan Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran program “Mendidik Demi Malaysia” di sini, hari ini.

Mengenai peluang BN pada pilihanraya kecil itu nanti, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO yakin pengundi di DUN Tenang lebih arif untuk menentukan calon yang harus dipilih mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu Januari depan.

“Yang penting tidak kira apa pembangkang kata, orang Johor kawasan itu lebih maklum dan arif… sejak sekian lama, berdasarkan rekod sejak dulu, Tenang memang dimenangi oleh BN.

“Kita harap pengundi yang ada di Tenang akan terus sokong BN,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan rekod, DUN Tenang tidak pernah dibolosi oleh pembangkang.

Bagaimanapun, BN tetap menganggap setiap pilihan raya kecil sebagai cabaran dan tidak pernah memandang remeh cabaran daripada mana-mana pihak, katanya.

“Kita tidak pernah pandang remeh cabaran mana-mana pihak termasuk pembangkang… tetapi kita ada strategi seperti mana biasa, dan kita akan gerakkan segala jentera kempen yang ada,” katanya.

P'raya Tenang, PAS pasti kalah

Hari ini telah terpadu kesepakatan tiga buah parti politik - PKR, PAS dan DAP. Munculnya Pakatan Rakyat bukan kerana harga ayam di pasar Chow Kit naik harganya. Atau kerana sotong makin berkurangan untuk dicandat di Kuala Terangganu. Setiakawan Pakatan Rakyat lahir kerana hukum dan syarat realpolitik dalam negara kita ini.

azlanKelahiran Pakatan adalah hasil dari pemikiran strategik yang memahami asas budaya dan politik tanah air. Kesedaran untuk memahami cita-cita dan harapan anak semua bangsa dalam negara ini adalah wajib. Warga dari pelbagai agama dan anak semua bangsa memerlukan kesepakatan dan kerjasama untuk mengambil alih kuasa.

Justeru, realpolitik di Malaysia ini telah melahirkan syarat bahawa parti politik atau gerakan apa pun yang ingin mengalahkan kerajaan pimpinan United Malays National Organisation wajib berkongsi kuasa. Ini hakikat realpolitik. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) boleh meloncat tunggang terbalik, ia tidak akan mengubah hakikat ini.

azlanHari ini tarikh pilihan raya kecil di DUN Tenang telah diumumkan. Pakatan Rakyat akan meletakan calon. Umum telah didesas desuskan tentang bakal calon ini akan datang dari parti PAS.

Dalam suasana sedemikianlah Pakatan, terutama parti PAS wajib memiliki keupayaan untuk berfikir secara strategik. Untuk berfikir jauh melihat politik berjangka panjang dan mengambil langkah dan jejak politik yang strategik. Ini realpolitik, bukan mimpi dan angan angan Mat Bunga.

Jika PAS bertanding di DUN Tenang jawabnya ialah kekalahan. Ini satu kepastian. Kekalahan ini bukan kerana perjuangan Pakatan atau PAS tidak jujur. Kekalahan ini kerana hakikat realpolitik. Menghantar kerbau untuk melanggar kereta kebal Sherman T-20 adalah kerja yang amat bebal. Justeru satu pemikiran baru wajib dimunculkan apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

Realpolitik telah menunjukkan bahawa reka bentuk penduduk di Tenang tidak menyebelahi PAS. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus. 

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]