Monday, December 20, 2010

UMNO KEDAH ALAMI PERUBAHAN!

Di Kedah, timbalan ketua perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dijangka dilantik menggantikan Shafie manakala Datuk Mukhriz Mahathir dijangka mengisi tempat Ahmad Bashah.

mukhriz mahathir gaza fund 010208 seriousPemilihan Mukhriz - yang juga ahli parlimen Jerlun dan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri - dilihat sebagai asas untuk menarik pengundi terutama sekali golongan muda.

Malah 14 daripada 15 Pemuda Umno bahagian di negeri itu mencalonkan beliau merebut jawatan ketua Pemuda Umno pusat, dalam pemilihan parti itu dua tahun lalu.

Selain Mukhriz, sumber-sumber Umno negeri itu berkata, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir juga dilihat berpeluang mengisi jawatan nombor dua itu.

Kedua-duanya adalah anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik.

Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, Umno negeri menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pemimpin untuk memilih calon yang terbaik untuk jawatan tersebut.

"Kami menerima sesiapa sahaja, asalkan mereka (bakal timbalan ketua perhubungan) dapat membantu ketua perhubungan.

"Fokus kita untuk memenangi pilihan raya dan seterusnya menawan semula Kedah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]