Friday, January 14, 2011

ADAKAH INI AKAN BERLAKU BILA MEREKA BERKUASA?



Ekoran aduan, azan masjid Kg Kerinchi diperlahan


Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.

NONE"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.

Mahadi yang mula bertugas di masjid berkenaan sejak Mac tahun lalu berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu.
Arahan pihak atasan

Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".

"Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu.

Mahadi berkata beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.

Katanya, dalam surat tersebut - yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid - peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur.

Difahamkan peguam tersebut tinggal di pangsapuri berkenaan - yang terletak lebih kurang satu kilometer dari situ.

Mahadi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh JAWI bahawa beberapa hari sebelum ini, peguam berkenaan ada menelefon jabatan itu, merungut bahawa bunyi azan "masih lagi kuat".

Sehubungan itu, Mahadi meminta peguam berkenaan bertemu dengan pihak pengurusan masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Mengenai rungutan penduduk yang mereka tidak lagi mendengar bacaan al-Quran dan pengajian kuliah Maghrib manakala laungan azan Jumaat yang perlahan sekarang, Mahadi sekali lagi berkata: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kita hanya terima arahan dari pihak atasan".
Majlis Ayahanda Malaysia
NONESelain memperlahankan kadar pembesar suara bagi laungan azan, Mahadi berkata pihaknya turut mendapatkan maklum balas dari penghuni pangsapuri Pantai Hill Park (kelihatan di belakang masjid).

"Kira-kira 10 orang yang ditanya, kebanyakanya berkata laungan (pembesar suara) azan adalah biasa, tidak mengganggu tidur... tak ada apa-apa (masalah), tak ganggu," katanya.

Ditanya mengenai rancangan sekumpulan individu untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan peguam berkenaan, Mahadi berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya.

"Tetapi kita (masjid) tidak terlibat apa-apa," katanya sambil menambah beliau tidak mengetahui identiti kumpulan berkenaan.
Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan perhimpunan memprotes aduan peguam tersebut akan diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut esok, yang akan diketuai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Ayahanda Malaysia.
Ketika dihubungi Malaysiakini, penolong setiausaha majlis tersebut, Amin Rahim Harun berkata, kira-kira 500 orang akan menyertai perhimpunan itu.
"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana ia menjadi isu sensitif kepada orang Melayu," katanya.

NGO kecam perbuatan biadab pertikai azan solat Subuh

PUTRAJAYA 13 Jan. - Jarak sebuah masjid dengan bangunan tempat tinggalnya sejauh satu kilometer. Namun dia dengan nada angkuh mahu pengurusan masjid memperlahankan laungan azan yang didakwa mengganggu tidurnya setiap subuh.
Mendedahkan insiden itu, Setiausaha Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Mohd. Jurit Ramli berkata, pihaknya terpanggil untuk membangkitkan rasa tidak puas hati umat Islam terhadap tindakan seorang pengadu mempersoalkan azan sembahyang dari Masjid Al-Ikhlasiah Bukit Kerinchi Jalan Pantai Permai, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Malah, katanya, pengadu yang mendakwa dari sebuah parti politik menghantar surat bantahan kepada semua pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu.
"Pengadu mendakwa dia yang tinggal di Tingkat 21 Pantai Hill Park terganggu dengan suara azan yang mengejutkannya setiap 5.45 pagi. Padahal jarak masjid dengan Pantai Hill Park lebih kurang satu kilometer.
"Orang lain yang tinggal di situ sejak dulu tidak pernah pula pertikaikan, kenapa pula dia yang baru berpindah lima tahun bertindak sebegini hingga mengundang kemarahan penduduk di kawasan itu," katanya ketika ditemui di hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan berhubung isu itu dengan beberapa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini.
Difahamkan, penduduk-penduduk yang merupakan kariah masjid turut menyuarakan rasa kurang senang dengan sikap kurang ajar pengadu.
Mereka menyerahkan nota bantahan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali supaya tidak menghiraukan bantahan pengadu.
Mohd. Jurit berkata, seharusnya semua pihak menghormati dan tidak mempertikaikan kebebasan beragama di negara majmuk ini.
"Kita (umat Islam) tidak pernah pertikaikan ritual agama lain, jadi kenapa dia nak menyibuk dan pertikaikan ajaran Islam," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, satu demonstrasi aman akan diadakan esok di hadapan masjid berkenaan selepas solat Jumaat bagi membantah tindakan biadab itu.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]