Friday, January 14, 2011

BAKAL MB SELANGOR ?

Adakah Hasan Ali bakal dilantik MB?


Lain macam aje laporan Utusan Malaysia sini mengenai kenyataan Dato Dr Hasan Ali. Lembut, niat berbaik dan penuh kompromi. Petikan berikut:

Hasan memberitahu, beliau akan menemui Shuhaimi dalam waktu terdekat ini bagi menasihatkan ADUN Sri Muda itu supaya memohon maaf kepada semua pihak bagi menjernihkan keadaan.

"Saya yakin, mengenalinya (Shuhaimi) beliau tiada masalah untuk memohon maaf bagi menjernihkan keadaan," jelasnya.

Katanya, Pas juga telah mengarahkan para pemimpin parti berkenaan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin kerana khuatir ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad daripada Pas yang mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung isu itu baru-baru ini adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pas Selangor.

"Kita tidak ada cara nak sekat mana-mana orang sama ada dari dalam atau luar parti untuk beri input kerana ia datang daripada pelbagai kelompok," ujarnya.

Hasan menambah, beliau secara dasarnya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Mohammed Khusrin kerana memahami tugas seseorang pegawai tinggi Kerajaan Persekutuan dan yakin sebarang isu dapat diselesaikan dengan bijak.

Dalam perkembangan berkaitan Hasan berkata, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bersedia ke mahkamah bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk membolehkan kuasa melantik SUK dikembalikan kepada Menteri Besar dan sultan.

Katanya, pindaan itu akan cuba dibuat serta diluluskan semasa sidang tergempar DUN pada 24 Januari ini dan sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut, kerajaan negeri bersedia berhadapan dengan mereka di mahkamah.
Adakah Hasan bakal ganti Khalid dan dilantik MB?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]