Friday, January 28, 2011

BILA MUKHRIZ BERSUARA....

Mukhriz Punya Kerja, Lim Guan Eng Dapat Nama

Inilah yang dikatakan dengan perpatah Melayu, "Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama". dalam kes ini, "Mukhriz Punya Kerja, Lim Guan Eng Dapat Nama". Sudahlah kerajaan Pulau Pinang tidak tahu bersyukur, lepas itu mengaku pula kononnya segala pelaburan yang diterima oleh negeri itu daripada pihak luar, adalah hasil titik peluh mereka sendiri. "Banyak Cantik Muka Lu Lim Guan Eng", sedap mulut sahaja nak mengaku itu semua usaha kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau tiada MITI yang membantu, jangan harap Pulau Pinang dapat projek daripada pelabur luar. Rakyat bukan lagi bodoh dan mudah digula-gulakan dengan pengakuan semudah itu. Baca laporan Bernama di bawah :

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu. Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-PKR-PAS itu tidak harus cepat 'mengambil kredit' di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan. "Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.

"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang berlabur di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di Sungai Petani. Mukhriz yang ditemui selepas mengagihkan 250 kotak limau mandarin kepada peniaga di Pasar Taman Ria semalam diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata kementeriannya tidak 'pilih kasih' dalam mempromosikan negeri-negeri di Malaysia kepada negara luar. "Maknanya kita tidaklah hanya bercakap mengenai Iskandar (Malaysia) di Johor, Melaka, Pahang dan sebagainya sebaliknya kita buat kerja untuk semua negeri. "Sudah tentu Pulau Pinang yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu turut mendapat nikmat daripada usaha-usaha kita walaupun sekarang ini mereka di bawah pemerintahan DAP," katanya.

Pada Rabu lepas, Lim membuat kenyataan akhbar menyatakan Pulau Pinang berjaya menarik lebih RM12 bilion pelaburan pada 2010 berbanding RM2.165 bilion pada tahun sebelumnya. Beliau berkata kenaikan lima kali ganda itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksana kerajaan negeri bersandarkan tujuh faktor termasuk urus tadbir dan pimpinan berintegriti. --Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]