Tuesday, January 25, 2011Sebagaimana telah dijangkakan bahawa isu usul pindaan perlembagaan Tubuh Negeri Selangor berhubung soal pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri tidak dapat diluluskan ekoran ketiadaan sokongan dua pertiga daripada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Selepas ini apa pula wayang dan drama yang akan dipersembahkan MB Selangor kepada rakyat. Kita sama-sama saksikan lakonan dan watak cuba dibawa oleh Khalid setelah tidak dapat nak menggubal undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Kalau mengikut daripada sumber yang boleh dipercayai, Khalid akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu, yang mana Kerajaan Pakatan Pembangkang kononnya sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal. " Mengapa kita tak buat perubahan..? Kita cuba jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan Kerajaan Pusat menghalang pembangunan negeri Selangor, kata Menteri Besar Selangor. Apa yang Khalid ni merepek ni, apa kena-mengena isu pindaaan Tubuh Negeri Selangor dan perlantikan SUK Selangor dengan pembangunan pulak.? Putar alam dan wayang lebih la...!!! Agenda cuma nak memperkasakan kuasa Khalid sebagai Menteri Besar Selangor adala..!!? Kalau setakat nak bohongi ahli-ahli Pakatan PR boleh la, tetapi rakyat yang mempunyai akal yang matang dan fikiran yang tak sebenak mereka ni, jangan la nak buat cerita temberang. Tapi tindakan Khalid diibaratkan percubaan wayang dan seni lakonan drama yang cantik la pasal nak cover balik malu. Misal kata tak boleh jawap nanti, rakyat semua tahu la Khalid kaki temberang, mesti dah stanby jawapan nak menjawap bila tak dapat nak pinda meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Dah la tu jangan buat wayang lagi, pergi la buat kerja berkhidmat untuk rakyat bukannya nak berpolitik 24 jam. Jalankan amanah yang telah rakyat berikan kepada anda sebagai Mentei Besar, kan lagi baik dan berfaedah tanpa membuang masa kepada rakyat-rakyat Selangor. Asyik nak berpolitik jer....??? |
No comments:
Post a Comment