Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim berkata sebagai seorang Islam, beliau patut tahu dan sedara bahawa makan gaji secara yang tidak halal adalah satu perbuatan yang tidak baik.
Menurut beliau mereka yang mengambil sijil cuti sakit itu adalah mereka yang tidak sihat, namun apa yang berlaku terhadap suami calon Pas, Normala Sudirman menimbulkan pelbagai persoalan kerana beliau boleh mengiringi isterinya berkempen di sekitar DUN Tenang.
"Cuti sakit maknanya gaji jalan tetapi dia tidak buat kerja. Maknanya tidak amanah. Sebagai orang Islam dia patut tahu ianya berdosa. Ambil gaji secara tidak betul.Kalau kita kata rasuah itu kita perangi, saya nak tanya ini apa bentuk dia. Makan gaji dalam keadaan dia menipu.
"Saya berpendirian terbuka. Kalau dia mahu bantu isterinya berkempen, ambillah cuti tanpa gaji atau tanpa rekod. Tidak ada masalah. Lepas itu banyak cerita lain yang kita boleh fikirkan seperti seorang cikgu yang secara terbuka berpendirian menyokong pembangkang dan sebagainya.
"Pada saya penipuan ini jelas. Penipuan ini bukan kita buat dan reka. Pengundi boleh boleh buat pertimbangan sewajarnya. Secara terbuka depan mata pun dia tipu yang belakang lagi kita tidak tahu. Kita tidak mahu tuduh macam-macam," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan suami calon Pas, Maarof Abd Mutalib yang dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari menimbulkan pelbagai persoalan.
Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menjelaskan jika di depan mata orang itu sanggup menipu, bagaimana pula yang dibelakang tabir dan sebagainya.
"Saya tidak akan percaya. Dalam apa jua tugas dan kerja saya, pejabat saya, dalam Pemuda UMNO itu sendiri pun perkara paling penting adalah kepercayaan.
"Kalau saya tidak boleh percaya dengan salah seorang pekerja saya sampai bila-bila pun kita tidak akan tenang buat kerja. Dalam soal ini, jelas menipu. Pengundi kena nilai dan timbang. Penipuan ini jelas, cikgu Maarof ada sepanjang masa dan tidak sakit," katanya.
Beliau seterusnya menggesa Kementerian Pelajaran mengambil perhatian serius terhadap perkara berkenaan.
"Pihak kementerian kena tengok soal ini. Kalau betul penipuan itu berlaku, bukti dia kemukakan sijil cuti sakit tetapi secara fizikal dia tidak uzur maka ada persoalan. Sekurang-kurangnya surat tunjuk sebab sebelum diambil tindakan dan sebagainya," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment