Monday, January 31, 2011

INFO PRK N 27 MERLIMAU

Awas Pengundi DUN Merlimau, Ini Pandangan DAP Ke Atas Pengundi Luar Bandar!


Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Tenang baru melabuhkan tirainya. Sedang BN sibuk untuk kembali berkhidmat kepada Rakyat, pihak Pakatan Haram pula sibuk membuat analisa mengenai kekalahan mereka sekarang. Beberapa YB telahpun mengemukakan alasan mereka semalam. Ini termasuklah YB Lim Kit Siang, YB Tony Pua dan YB Hannah Yeoh dan YB Tony Pua. Buat pertama kali, YB Mahfuz Omar telah mengucapkan tahniah kepada calon BN walaupun keputusan rasmi belum diumumkan petang semalam. Saya merasa agak pelik kerana ucapan tahniah beliau di Twitter tidak disusuli dengan bait-bait pantun seperti kebiasaannya.

Apa yang menarik di dalam PRU DUN Tenang kali ini adalah melihat kepada kesungguhan jentera DAP digerakkan walaupun yang bertanding adalah calon PAS. Kesungguhan mereka menjalankan kempen waima sebelum hari penamaan calon menimbulkan pertanyaan di benak fikiran saya motif ianya dilakukan. Kekecewaan yang melanda mereka (DAP) sewaktu calon PAS, Normala Sudirman kalah semalam begitu menarik perhatian ramai. Apakah mereka menjadikan DUN Tenang sebagai platform untuk menguji pengaruh pengundi Cina? Apakah mereka mahu melihat penerimaan orang Melayu Islam mnengenai kerjasama mereka dengan PAS? Seperti biasa jentera PKR pula suam-suam kuku membantu di DUN Tenang. Ibarat melepaskan batuk di tangga. Saya yakin sekiranya PKR gagal mendapat kerusi untuk bertanding di Merlimau, mereka akan sekali lagi melepas tangan seperti apa yang mereka lakukan di Tenang.

Berbalik kepada isu asal, semalam Speaker DUN Selangor dan juga merupakan ADUN DAP Sungai Burung, Dato' Teng Chang Khim, meluahkan rasa kecewanya di Twitter seperti berikut:

Saya tidak merasa terkejut sekiranya bait-bait perkataan di atas diucapkan oleh pemimpin-pemimpin "chauvinist" dan anti Melayu Islam DAP. Itu tujuan mereka dilahirkan di Malaysia. Mereka hanya bermuka-muka apabila mahu bekerjasama dengan orang-orang Melayu. Hakikatnya, mereka masih lagi menganggap orang-orang Melayu Islam terutamanya di luar bandar masih kolot, tidak berfikiran terbuka (dalam ertikata lain bodoh) dan senang dipengaruhi dengan penipuan dan ketakutan seolah-olah orang-orang Melayu luar bandar tidak dapat berfikir dengan rasional. Pendapat Dato' Teng juga turut menganggap bahawa Melayu Islam luar bandar lebih terbuka di dalam menerima perkahwinan songsang Pakatan Haram.

Buat pengundi-pengundi luar bandar di Merlimau, inilah pandangan pemimpin DAP yang mewakili Pakatan Haram. Jangan terkejut apabila mereka turun beramai-ramai ke Merlimau hujung bulan ini, andalah Raja, andalah permata hati sedangkan hakikakatnya mereka memperlekehkan Melayu Islam luar bandar seperti mana mereka lakukan di Tenang. Waspadalah. Undi di tangan anda semua untuk menetukan nasib anak bangsa, Agama dan Tanahair.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]