Berkempen di Tenang, Pas langgar larangan SPR
JOHOR BAHRU 31 Dis. - Pas sudah mula berkempen di Tenang meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri melarang sebarang parti politik untuk berbuat demikian sehingga tarikh penamaan calon pada 22 Januari ini. Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, parti pembangkang itu berbuat demikian kerana bimbang kawasan Tenang merupakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN). "Pas sudah mula turun berkempen kerana pengaruh parti pembangkang sudah semakin 'surut' selepas berlakunya tsunami politik pada 2008 yang momentumnya sudah tidak ada lagi. "Mereka sekarang semakin kurang yakin walaupun pembangkang sendiri pernah menyatakan negara dilanda tsunami politik," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Bilik Biocas Terapi Taman Dewan Jaya, di sini, hari ini. Rabu lalu, SPR Johor mengingatkan mana-mana parti politik supaya tidak berkempen sebelum tarikh penamaan calon dan tindakan akan dikenakan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Menurut SPR, kempen hanya dibenarkan selepas hari penamaan calon sehingga pukul 12 tengah malam 29 Januari ini. Hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pula ditetapkan 30 Januari ini dan pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Pejabat Majlis Daerah Labis. PRK DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis pada 17 Disember lalu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Nur Jazlan berkata, UMNO percaya dapat mempertahankan kerusi DUN Tenang kerana penduduk di daerah tersebut yakin dengan kepimpinan kerajaan sedia ada. Beliau bagaimanapun menegaskan, walaupun UMNO bakal menang di kawasan itu tetapi BN tidak seharusnya leka atau selesa dengan keadaan tersebut. |
Saturday, January 1, 2011
PRK TENANG, PAS TERDESAK DAN TERTEKAN!
Label:
PRK TENANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment