Kemenangan BN Bukti Rakyat Tolak Idealogi Pembangkang
Oleh: Ropikah Ahmad. KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pengalisis politik tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah penolakan yang nyata terhadap pakatan pembangkang.
Katanya, gelagat Pas yang bersekongkol dengan Dap dilihat sebagai tidak selaras dalam pelbagai hal selain PKR terus-terusan dibelenggu masalah dalaman adalah antara faktor kenapa mereka ditolak.
“Rakyat hari ini bijak membuat penilaian berdasarkan kepada pelbagai hal-hal semasa, khususnya pelbagai isu membabitkan negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang,” katanya kepada UMNO-Online.
Terangnya, biarpun kemenangan BN di DUN Tenang sudah dijangka berdasarkan Johor yang telah dominan sebagai ‘kubu kuat’ UMNO tetapi pertambahan majoriti ke atas calon BN memperkukuhkan lagi kedudukan parti ini dan menjauhkan lagi jurang penolakan rakyat kepada pakatan pembangkang.
“Pakatan pembangkang tidak mampu untuk meyakinkan rakyat apa lagi untuk menarik undi terhadap mereka biarpun mereka melakonkan kononnya DAP dan Pas dapat duduk bersama dan melakukan perbincangan.” “Pakatan pembangkang tidak mampu untuk meyakinkan rakyat apa lagi untuk menarik undi terhadap mereka biarpun mereka melakonkan kononnya DAP dan Pas dapat duduk bersama dan melakukan perbincangan.
“DAP dan Pas tidak mungkin akan dapat sepakat kerana mereka bertentangan idealogi terutamanya berkaitan dengan pendekatan Islam; mereka tidak sependapat, selalu bergaduh yang secara tidak langsung melemahkan pakatan mereka sendiri,” jelasnya.
Khoo yang juga tokoh akademik turut memaklumkan bahawa apa yang berlaku kepada negeri-negeri pakatan pembangkang termasuklah wakil rakyat mereka menjadi penilaian untuk rakyat menentukan siapa pilihan dalam setiap pilihan raya.
“Negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan asyik kecoh bukan kerana mahu laksanakan tanggungjawab tetapi begaduh dalam hal-hal remeh-temeh sehinggakan permasalahan rakyat gagal diselesaikan dan rakyat pula yang terpaksa menyelesaikan masalah sendiri,” katanya.
Ujarnya, biarpun kemenangan BN ini menepati ramalan awal tetapi ia mampu memberi semangat untuk terus bekerja setelah BN sebelum itu dapat mengekalkan Parlimen Batu Sapi dan merampas Dun Galas, November lalu.
PRK DUN Tenang adalah siri PRK ke-14 selepas Pilihan Raya Umum 2008, dan kemudian di Merlimau, Melaka pada 6 Mac depan. – MediaUMNO |
No comments:
Post a Comment