PAS Kini Sekular
Dulu UMNO cukup senang dituduh sekular,taghut dan macam-macam lagi ikut selera lebai parti panadol. Slogan Hudud dan Membangun Bersama Islam memang menjadi kebanggaan lebai PAS ketika itu. Merekalah yang lebih islam, kerjasama dengan orang bukan islam oleh UMNO dipandang hina.
Kini, slogan itu semakin terpinggir, dan di tong sampahkan oleh Tok Gundu dalam PAS. Pengikutnya seolah pengikut Ayah Pin bagai lembu di cucuk hidung seolah terlupa pula slogan keramat PAS itu.
Mungkin tiada yang berani pun nak mempersoalkan atau nak menghidupkan slogan yang kini cukup sensitif untuk dilaungkan. Kerana apa.... seperti lirik lagu Fantasia Bulan Madu, 'Demi cintaku pada mu,ku korbankan jiwa dan raga...' Kasih PAS kepada DAP, mereka sanggup menelan kahak hijau yang dulunya dilontarkan kepada UMNO.
Hati Mujahid Karpal dan Khalifah Guan Eng perlu dijaga. Dapat jadi tukang tampal poster dan jaga parkir,jadi body guard unit amal waktu ceramah Pakatan pun jadilah. Kalau dulu jadi Ketua Pembangkang di parlimen tapi kini hanya jadi pecacai DAP dan PKR pun sudah cukup membanggakan.
PAS For All, inilah slogan yang lebih lunak berbanding slogan Sokong Hudud atau Membangun Bersama Islam. Depan,belakang...semua boleh. "Kita lihat siapa yang kena..."
|
No comments:
Post a Comment