Wednesday, January 19, 2011

TERKINI : APA SUDAH JADI?

Pas Sudah Boleh Kompromi Sebahagian Hukum Allah



Banyak isu ciptaan Dap-PKR mutakhir ini agak memeningkan kepala Pas. Mahu disokong nampak sangat salah. Mahu disanggah apa pula akan terjadi kepada persefahaman @ persubahatan yang telah dimeteri bersama. Pakatan ini berhasrat sangat untuk ke Putrajaya selepas PRU13.
Isu-isu yang ditimbulkan oleh Dap-PKR mutakhir ini banyak yang boleh membelit Pas jika tidak di atasi dengan bijaksana.
Dalam isu perlantikan SUK Selangor, jika Pas bersekongkol dengan Dap-PKR, maka Pas akan bermasalah dengan pihak istana. Pas tidak mahu timbulkan masalah dengan istana.
Isu pekerja Islam bekerja sebagai pelayan jual arak yang dipertahankan oleh PKR juga memeningkan Pas.
ISU Dap-PKR yang mempertikaikan laungan azan juga menyulitkan kedudukan Pas. Tindakan wakil rakyat DAP yang melakonkan watak ‘mesra masjid’ seolah-olah prihatin dan tertarik dengan Islam juga seolah-olah telah dikompromi oleh Pas.
ISU Dap-PKR yang mempertikaikan laungan azan juga menyulitkan kedudukan Pas. Tindakan wakil rakyat DAP yang melakonkan watak ‘mesra masjid’ seolah-olah prihatin dan tertarik dengan Islam juga seolah-olah telah dikompromi oleh Pas.
Isu Mat Sabu sebagai pemimpin Pas pertama yang menggelar Syeikh Anwar Al-Juburin tetapi akhirnya bersengkongkol dan mempertahankan Al-juburin apabila kes tersebut benar-benar diambil tindakan oleh DS Dr.Mahathir juga boleh menimbulkan kesangsian ramai tentang keikhlasan Pas dalam menentang kemungkaran.
Bekas Imam Masjid Negara, Taib Azamuddin juga telah diminta nasihat oleh salah seorang mangsa liwat Anwar terlebih awal sebelum Anwar dipecat dari kerajaan, akhirnya turut mengambil pendirian yang sama dengan Karpal Singh dan menyokong Anwar.
Apabila isu ini dibangkitkan kembali oleh Ummi Hafilda, kita lihat Pas sangat berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan. Hj Hadi pun hanya boleh memberi komen yang bertujuan untuk menutup wartawan dari mengemukakan soalan demi soalan.
Boleh pula dia tamsilkan dengan cerita nyamuk. Bukankah kenyataan ini melambangkan Pas bukanlah beria-ia sangat mahu berjuang menegakkan al-quran dan as-sunnah seperti yang sering dilafazkan.
Begitu juga dengan isu ketuanan Melayu yang telah diistihar perang oleh Anwar-Azmin-Azizah. Sehingga kini Pas tidak berani sangat untuk menyentuh isu ini kerana ia berkait dengan kedudukan Raja-raja Melayu.
Isu-isu ini sebenarnya menuntut sesuatu kenyataan tegas dari Pas yang sentiasa ‘claim’ bahawa parti merekalah satu-satunya parti yang benar-benar menegakkan kalimah Allah di Negara ini.
Bagi Pas, ‘nak diluah mati anak, ditelan pulak mati bapak.
Jika diikutkan saja kerenah sesat pemimpin PKR, maka Pas akan terjerat dengan pertanggungjawaban mereka kepada Allah kerana mereka telah memaklumkan kepada Allah swt bahawa mereka berpolitik kerana mahu menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia.
Pas meyakinkan Allah swt bahawa mereka tidak cinta kepada kuasa. Mereka inginkan kuasa hanya semata-mata untuk menegakkan syiar Islam di Negara ini. Itulah sumpah dan janji mereka kepada Allah yang telah disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia sejak awal penubuhan Pas lagi.
Tetapi masalahnya, jika Pas terus berpendirian secara istiqamah mempertahankan idealism perjuangannya, maka akan timbul pula masalah jurang perbezaan fahaman yang melebar di antara Pas dengan Dap-PKR.
Apabila keadaan ini timbul, akan terjejas pula persefahaman @ persubahatan sesama rakan pakatan @ konspirasi yang sedang dilakonkan.
Perjuangan Pas amat terdedah kepada ‘opportunity loss & opportunity gain’.
Jika Pas sanggup bersekongkol dan mengangguk saja terhadap kesesatan yang sedang dilakukan oleh DAP-PKR, maka Pas akhirnya akan terpaksa berhadapan dengan pertanggungjawaban mereka terhadap Allah.
Keikhlasan dan kejujuran perjuangan mereka dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi akhirnya pasti akan terpaksa berhadapan juga dengan KPI di sisi Allah.
Jika Pas benar-benar istiqamah dan tidak bertolak ansur @ bersubahat dengan sebarang kemungkaran yang dilakukan oleh Dap-PKR, Pas akan berhadapan pula dengan kemungkinan wujud pertentangan sesama rakan pakatan @subahat kerana dasar perjuangannya yang jauh berbeza.
Akhirnya akan menyebabkan berlakunya krisis keyakinan di kalangan penyokong dan simpatisan Pas. Pas sudah masak dengan pengalaman. Pas dan Dap sedar majoriti penyokong mereka tidak pernah dapat menerima perkongsian kuasa antara Dap dan Pas, kecuali pada dan selepas PRU-12.
Ia berlaku setelah Pas mengkaburkan sedikit agenda menegakkan syiar Islam mereka dengan menukar tagline ‘Membangun bersama Islam’ kepada ‘Negara Berkebajikan’.
Untuk peringatan, nabi tidak pernah menegakkan syiar Islam dengan cara mengkaburkan dakwah-ilallah baginda bagi tujuan untuk menarik kalangan kafir kepada nur Islam.
Apa yang baginda lakukan berdakwah secara sulit ketika peringkat awal perjuangannya. Baginda tidak pernah sesekali melakukan pendekatan ‘berjuang dengan cara mencari titik persamaan dan elakkan perbezaan’ dengan kaum kafir Mekah, seperti yang sedang diusahakan oleh orang tengah ‘Syeikh Anwar Al-Liberal.
Inilah dilemma Pas sebenarnya. Tersepit di antara kecintaan dan perjuangan yang istiqamah kepada Allah dengan kecintaan kepada kuasa yang bersifat sementara.
Pas bersedia berkompromi dengan sebahagian dari dasar yang jelas bertentangan dengan hukum-hakam agama yang dilakukan oleh rakan subahatnya demi untuk mendapatkan kuasa.
Pada perkiraan Pas, pendekatan yang mereka lakukan ini mungkin salah satu dari ijtihad yang terpaksa dilakukan demi mendapatkan kuasa. Kononnya selepas berkuasa, barulah Islam dapat ditegakkan.
Allah hanya wujudkan syurga dan neraka. Tiada pilihan ke 3, iaitu penempatan untuk golongan yang mengambil hukum Allah separuh dan hukum syaitan separuh.
Pas sangat terkenal dengan penentangan terhadap gejala politik suku agama suku. Tetapi kini Pas sendiri sudah terbelit dengan kata-kata mereka.
Apa agaknya yang akan diperjelaskan kepada Allah bagi menghalalkan pemakaian ‘hukum Allah separuh, hukum syaitan separuh’ yang sedang dilakukannya?
Mungkin Pas akan jawab..”inilah pendekatan bil-hikmah” yang dibolehkan oleh agama.
Kamarulzaman Kamdias

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]