Friday, January 21, 2011

TERKINI: PENGUNDI TENANG BOLEH KE TERIMA ORANG LUO ?

Cikgu Mala bukan orang tempatan?


Semasa proses pemilihan calun, satu kriteria yang sering diulang-ulang dalam banci dan timbal balas yang dipinta ialah mereka mahukan orang tempatan. Perkara ini berulang-ulang baik oleh pengundi Melayu atau pun pengundi Cina mahupun pengundi India.

Oleh kerana itulah permintaan orang ramai sana sini, tidak kira kaum dan pangkat, maka beberapa pemegang jawatan utama dalam UMNO Bahagian Labis terpaksa diketepikan. Salah satu kriteria pemilihan Azhar ialah latarbelakang kelahiran Labis.

Rupanya pihak PAS tidak ambil peduli pandangan orang ramai. Normala adalah kelahiran Serom, Muar dan ibu bapanya berpindah ke Felcra Sekijang. Itu pun bukan dalam kawasan Tenang.

Baca laporan berita Harakahdaily berikut:
Normala Sudirman calon PAS di Tenang

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. - Harakahdaily
Macam mana pembangkang ini menjaja istilah rakyat tidak berhenti henti dan sana sini tetapi permintaan rakyat pun tidak dipenuhi?

Normala yang suami isteri adalah guru akan selalu berpindah kawasan. Macam mana dia nak mengaku dirinya orang Tenang atau Labis?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]