Berikutan itu Fauzi, 51, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa didakwanya berlaku penyelewengan dan salah laku dalam kepimpinan kerajaan negeri ketika itu. Untuk tujuan itu, beliau menyerahkan nama lapan individu tersebut yang terkandung dalam laporannya kepada SPRM Perak di pejabat suruhanjaya itu di sini pada pukul 11 pagi ini. Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam yang menyertai Gerakan kelmarin turut menemani Fauzi membuat laporan tersebut. Salah guna kuasa dan menyamun hak rakyat untuk kepentingan sendiri yang dilakukan oleh penyangak di Perak bukan didedahkan oleh orang luar atau orang UMNO. Perkara ini telah didedahkan dan dilaporkan kepada SPRM oleh pemimpin yang pernah berada dalam Pakatan Rakyat bersama penyamun-penyamun ini. Pendedahan ini turut disusuli dengan bukti yang kukuh untuk mengaitkan kejahatan puak-puak penyamun ini. SMB yakin Saudara Fauzi dan rakannya pasti kenal sangat dengan golongan penyamun ini dan yakin mereka ini tidak akan mampu lari lagi dari laporan yang telah dibuat. Puak penyamun ini memang sangat teringin untuk hidup mewah setelah sekian lama dihimpit dalam kesusahan. Perjuangan untuk kepentingan peribadi semata-mata pasti akan gagal jika mereka cuba menggunakan platform UMNO. Jadi bilamana PR menjadi kerajaan negeri maka mereka ini terus mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mengaut kekayaan. Fauzi ketika ditemui selepas itu memberitahu, sebelum memperoleh kuasa, lapan individu terbabit termasuk seorang wanita hidup susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta tidak mempunyai pekerjaan. “Tiba-tiba dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak, lapan individu ini berjaya mengubah taraf dan gaya hidup. “Mereka mampu membeli rumah dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit, membayar hutang dan mendapat rawatan di hospital swasta yang mahal. Dari mana datangnya sumber kewangan ini?” soalnya. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lapan individu tersebut kerana telah membuat akujanji dengan SPRM agar tidak mengganggu siasatan. Menurut Fauzi, dakwaannya itu mempunyai asas kukuh dan bukannya berunsur fitnah atau dendam terhadap mereka. Mereka ini mungkin tidak menyangka bahawa Pakatan Rakyat hanya mampu memerintah negeri Perak selama 11 bulan. Sangkaan mereka bahawa PR bakal berkuasa setidak-tidaknya untuk tempoh 1 penggal sebelum PRU 13 berlangsung. Akibat salah jangkaan, puak-puak ini tidak sempat untuk menutup semula lubang duit yang telah digali. Maka segala penyelewengan dan salah laku yang dilakukan telah dapat dihidu ramai pihak termasuk di kalangan Paktan Rakyat sendiri. Itu baru 11 bulan memerintah. Cuba bayangkan jika kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Perak selama 1 penggal. Sudah pasti puak penyamun ini akan menyamun habis-habisan harta rakyat. Allah itu Maha Kaya, jadi tidak hairanlah apabila perbuatan mereka terbongkar dan sekurang-kurangnya telah dapat menyelamatkan banyak wang rakyat dari diseleweng oleh manusia seperti mereka. “Perkara ini bukan saya sahaja yang pertikai tetapi ramai ahli dan pimpinan PKR serta pakatan pembangkang di Perak marah dengan apa yang berlaku. “Saya akan mengemukakan segala bukti dan saksi yang diperlukan oleh SPRM bagi membantu siasatan,” tegasnya. Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat itu berkata, rakyat perlu melihat betapa rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang dalam tempoh sesingkat 11 bulan. Katanya, semasa berkuasa, pemimpin pakatan pembangkang sibuk berebut jawatan dalam syarikat kerajaan negeri, jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, berebut tanah serta balak dan bukannya membela nasib rakyat. “Alhamdulillah, 11 bulan sahaja mereka berkuasa di Perak, kalau tidak, saya yakin negeri ini akan hancur kerana tindakan perakus, perompak dan lanun ini,” ujarnya. - UMNO Online |
Thursday, February 17, 2011
8 pemimpin Pakatan Perak jutawan dalam 11 bulan
Label:
PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment