Tuesday, February 1, 2011

ACTING & ACTION

Pas ‘has the right’ to contest Merlimau

Saturday 29 Jan 2011 MYT 10:17:07
by uppercaise
 
i
 
Rate This
Quantcast
LETTERS
“Saya menyokong penuh pendirian Ustaz Nasrudin. Peluang calon PAS untuk memenangi pilihan raya kecil ini adalah jauh lebih baik dari calon PKR.”



LETTERS
From Wan Nasuha bt. Wan Hassan
by email
26 January 2011
HAK PAS UNTUK BERTANDING DI PRK MERLIMAU
Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan setelah kematian ADUN BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari yang lepas.
Ada 10,471 pengundi di DUN Merlimau dengan 64% pengundi Melayu, 21% pengundi Cina dan 14% pengundi India.
Pada PRU 12 2008, Hidhir telah mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. Pada PRU 11 2004, Hidhir telah menewaskan calon PKR S. Jayantas dengan majoriti 5,087 undi.
Berikutan ura-ura yang PKR akan meletakkan calon mereka, Shamsul Iskandar Amin, Ketua AMK untuk pilihan raya kecil tersebut, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin bin Hassan at-Tantawi telah mengeluarkan kenyataan bahawa hak PAS untuk bertanding dikekalkan dan dihormati rakan dalam Pakatan Rakyat.
Saya menyokong penuh pendirian Ustaz Nasrudin. Peluang calon PAS untuk memenangi pilihan raya kecil ini adalah jauh lebih baik dari calon PKR.
Hujah yang menyatakan bahawa ini giliran untuk PKR bertanding adalah amat dangkal sekali. PAS hanya mengekalkan hak mereka untuk bertanding pada PRU 12. PRK ini adalah berikutan kematian ADUN yang dipilih pada PRU 12.
Peluang PKR untuk menang pilihan raya kecil ini amat tipis sekali. Kredibiliti Anwar Ibrahim telah merudum di kalangan pengundi Melayu. Tambah lagi, PKR dianggap sebagai sebuah parti politik yang penuh dengan carca-marba.
Umum juga tahu yang Shamsul Iskandar menyandang jawatan Ketua AMK kerana pengundian untuk jawatan tersebut di Sabah dan Sarawak telah disusun oleh Anwar Ibrahim. Di Semenanjung, CheGu Bard telah mengalahkan Shamsul Iskandar dengan teruk.
Diharap dengan kemenangan calon PAS di pilihan raya kecil DUN Tenang, Insya Allah, akan mendorong pengundi-pengundi di DUN Merlimau untuk memilih calon PAS.
Wan Nasuha bt Wan Hassan

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]