Bagi pesara, Hassan Saad, 62, 'Kenduri Asam Pedas' memiliki keunikan tersendiri selain menyatupadukan pelbagai kaum dalam sebuah majlis selain mendekatkan masyarakat dengan pemimpin. "Pemimpin yang datang dilihat duduk makan bersila mengikut adat Melayu. Jika bukan melalui majlis ini, bila lagi dapat berjumpa dengan pemimpin," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini. Bagi penjawat awam, Nurul Ilmi Ahmad, 33, program rakyat itu begitu tepat dengan konsep 1Malaysia yang ditekankan tanpa mengira kaum, bangsa, umur dan jantina. Menurutnya, semua lapisan masyarakat berkumpul dan apa yang menarik, pada malam tersebut 'Kenduri Asam Pedas' dilihat sebagai medan pertemuan masyarakat bersama pemimpin. "Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pada malam ini saya menjamu hidangan orang Melayu, mungkin pada masa hadapan saya berpeluang menikmati makanan India dan Cina pula melalui program sebegini," katanya. Seorang nelayan, Tan Boon Siah, 60, berkata, program itu meninggalkan kesan positif kepada masyarakat setempat yang mungkin sebelum ini tidak berpeluang untuk berjumpa dengan pemimpin negara. "Saya datang ke sini bukan sahaja dapat menjamu masakan asli masyarakat Melayu Melaka malah berpeluang bertemu pemimpin secara dekat seperti menteri. "Malah apa yang menarik, saya turut duduk bersila bersama rakan-rakan lain dan berbual tanpa mengira batasan kaum," katanya. Pendapat itu dipersetujui oleh seorang lagi pesara, K. Mahdhavan, 78, yang mahukan program sebegitu dilakukan secara berterusan. "Saya berharap program ini tidak terhenti setakat ini sahaja tetapi adalah lebih elok jika ia diadakan sebulan sekali bersama pemimpin setempat agar dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat kampung di sini," katanya. Bagi S. Pumithavathy, 44, program itu menarik kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum. |
Sunday, February 27, 2011
APA KATA PENGUNDI DI MERLIMAU?
Label:
PRK MERLIMAU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment