Saturday, February 12, 2011

Apa kerajaan PKR nak sorok sangat mesyuarat Exco?

< Apa yang hendak dirahsiakan sangat sehingga Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang akan angkat sumpah simpan rahsia pun tidak boleh hadir mesyuarat Exco? Jawab...jangan tak jawab kata ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin mengulas kemelut perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang nampak beres tetapi belum beres lagi. “Yang kita tahu nak buat mesyuarat rahsia-secret ni perompak penyamun aja, macam penyangak dalam cerita Nujum Pak Belalang yang bermesyuarat rahsia dalam Bukit Tunggal - "satu untuk engkau, sepuluh untuk aku"!!,” sindir bekas ahli parlimen PKR itu dalam blognya. Katanya lagi, adakah mereka merancang untuk melakukan perompakan dan perampokan hasil mashul negeri Selangor dalam mesyuarat rahsia-secret ini?. “Adakah mereka merancang untuk menyamun pasir Selangor ini? Atau menubuhkan lebih banyak rumah urut dan pelacuran haram? Atau adakah mereka nak bincangkan isu pita kamera video yang ditemui dalam bilik pejabat MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?,” ujarnya/ Zulkifli turut mempersoalkan mengapa perlu ada dua mesyuarat rahsia, satu rahsia rasmi, satu rahsia-secret tak rasmi. Bagi beliau, mesyuarat tak rasmi kerana SUK tidak ada untuk mencatat minit mesyuarat. “Jadi siapa yang akan minitkan mesyuarat rahsia-secret itu? Sedangkan semua minit mesyuarat dan keputusan mesyuarat Exco mana-mana Kerajaan Negeri perlu diambil tindakan dan susulan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Siapa pula yang nak laksanakan semua keputusan itu? Adakah Khalid bercadang nak buat kerajaan dalam kerajaan?. “Kalau itu rasionalnya, tak pelik satu hari nanti kalau ada ahli Exco PAS yang tidak dibenarkan hadir kerana mungkin Exco PKR dan DAP nak bincang bagaimana nak bagi kedai serbanika jual arak,” katanya. Katanya, Khusrin perlu hadir semua mesyuarat Exco dan kerana sudah angkat sumpah simpan rahsia beliau boleh dikenakan tindakan jenayah jika mendedahkan atau membocorkan maklumat.i Zulkifli menyimpulkan tindak tanduk kerajaan PKR Selangor itu tanda jelas mereka memang tidak tahu memerintah, apatah lagi menjadi kerajaan. Tindakan Khalid itu juga katanya satu penghinaan kepada Sultan Selangor kerana Khusrin sudah angkat sumpah taat setia tidak berbelah bagi kepada Tuanku Sultan. Malah katanya, perbuatan itu juga satu penghinaan dan memperlekeh pegawai dan kakitangan kerajaan khususnya daripada Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik. “Perkhidmatan yang selama ini terkenal dan jelas sikap profesional mereka dihina dan disepak terajang saperti anjing kurap oleh Khalid,” tegasnya. Beliau mengimbas semasa Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada seorang Pegawai Daerah, maka melalak dan memekak lah puak-puak ini kononnya ini satu penghinaan kepada pegawai Kerajaan. “Memang teman sendiri pun mengutuk perbuatan Khir Toyo tersebut. Tetapi kini apa yang mereka perlakukan kepada Datuk Khusrin lebih teruk daripada memberi penyapu, kerana mereka menyapu terus seorang pegawai kerajaan,” ujarnya.-11/2/2011

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]