Sunday, February 6, 2011

APA YANG TAK KENA ?

Ada yang tak kena dengan PKR, kata Najib

06/02/2011 7:27pm

MIRI 6 Feb. - Tindakan Pajudin Nordin melepaskan jawatannya sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah dan keluar dari parti itu semalam menjadi satu lagi bukti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan parti itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, kemelut terbaru yang berlaku dalam parti pembangkang itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini sudah ramai anggota parti itu, termasuk mereka yang berjawatan timbalan pengerusi dan setiausaha agung sudah meninggalkan parti berkenaan.
"Kalau sudah ramai yang keluar termasuk mereka yang mengasas parti, tentu sekali ada yang tidak kena dengan parti ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Sarawak, di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]