Wednesday, February 2, 2011

BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH.....

RM1j musnah
bhnews@bharian.com.my
2011/02/02

LADANG pisang yang diusahakan Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin di Kampung Simpang Kerayong,  ditenggelami banjir.
LADANG pisang yang diusahakan Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin di Kampung Simpang Kerayong, ditenggelami banjir.
Dua projek pertanian 36 hektar di Jasin ditenggelami banjir

JASIN: Dua projek pertanian di tanah seluas 36 hektar di Kampung Simpang Kerayong dan Kampung Chenderah, dekat sini, yang dianggarkan mampu menjana hasil pengeluaran bernilai lebih RM1 juta musnah ditenggelami banjir kira-kira dua meter selepas hujan lebat sejak empat hari lalu.
Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jasin, Ahmad Pudzi Ismail, berkata projek itu membabitkan tanaman pisang yang meliputi 32,000 pokok dan labu sebanyak 30,000 pokok manakala jagung manis di lokasi berasingan membabitkan 100,000 pokok.
Beliau berkata, pokok pisang yang diusahakan itu mula ditanam sejak tiga bulan lalu dan dijangka hasilnya dapat dinikmati dalam tempoh enam bulan, labu pula mengeluarkan hasil kira-kira sebulan manakala jagung tiga minggu lagi.

"Bagaimanapun, semua tanaman itu musnah berikutan banjir. Ada peladang yang hampir putus asa, namun kami percaya ini adalah ujian dari Allah SWT kerana memang sudah ditakdirkan mungkin bukan rezeki kami," katanya ketika ditemui di pejabat PPK Jasin di sini, kelmarin.

Ahmad Pudzi berkata, selain projek tanaman pertanian berkenaan, sebanyak 400 kambing biak baka jenis Boer yang turut dikendalikan PPK, kini terperangkap di Kampung Kumpai berikutan laluan menuju lokasi ternakan sejauh satu kilometer dari jalan utama itu, dinaiki air sedalam satu meter.

Katanya, buat masa ini, pihaknya masih mencari pengangkutan sesuai seperti sampan untuk sampai ke kandang terbabit kerana haiwan berkenaan perlu diberi makan tiga kali sehari.
"Khuatir juga jika hujan masih tidak berhenti, kambing ini mungkin mati kelaparan," katanya.

Selain itu, Ahmad Pudzi berkata, kilang memproses ayam milik pihaknya di Simpang Bekoh turut mengalami nasib sama apabila kawasan itu ditenggelami air sedalam satu meter menyebabkan hampir semua peralatan dan infrastruktur di situ rosak.

Sambil menyifatkan banjir kali ini adalah paling buruk, beliau berharap jabatan dan agensi berkaitan dapat mengambil tindakan termasuk menyalurkan bantuan segera bagi memulihkan semula tanaman dan infrastruktur yang sudah rosak akibat banjir berkenaan.

"Apa yang diharapkan sekarang ialah sokongan padu pihak berkenaan dari aspek mendapatkan anak pokok baru untuk kami menjalankan penanaman semula selain menampung kos lain yang timbul akibat banjir ini," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]