Agihan bantuan selepas MKN nilai kerosakan LABIS: Kerajaan akan mengagihkan wang ihsan bagi meringankan beban rakyat yang menjadi mangsa banjir di seluruh negara, termasuk kerosakan kawasan pertanian dan harta benda yang akan dibuat selepas banjir pulih, kata Datuk Seri Najib Razak. “Kita membantu bukan saja dari segi makanan, tetapi bantuan wang ihsan supaya dapat membantu mereka kembali membersihkan rumah dan sedikit sebanyak membeli peralatan yang mereka perlukan. “Kita akan bagi bantuan ehsan menggunakan kadar yang ada termasuk kerosakan sektor pertanian dan keadaan rumah bagi kadar seragam untuk mereka semua,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Ayer Panas, dekat sini semalam. Turut serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Datin Prof Jamilah Ariffin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim. Najib berkata, setakat ini kerajaan belum dapat membuat anggaran mengenai nilai kerosakan termasuk harta benda yang disebabkan banjir itu kerana yang penting ketika semua mangsa banjir dipindahkan ke tempat selamat dan diberi bantuan. Katanya, banjir yang berlaku tahun ini adalah fenomena luar biasa susulan jumlah hujan dalam tempoh 24 jam menyamai kadar selama dua bulan dan ia adalah kesan pemanasan global serta perubahan iklim yang melanda hampir semua negara seluruh dunia sehingga menyebabkan berlakunya perubahan cuaca luar biasa berbanding masa lalu. Beliau berkata, 20 platun anggota tentera dikerah membantu mengeluarkan mangsa banjir termasuk penggunaan trak 10 tan ke kawasan yang ditenggelami banjir dan tidak boleh dilalui kenderaan lain. Najib berkata, beliau berpuas hati dengan tindakan pantas diambil semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, negeri dan semua agensi berkaitan termasuk polis dan tentera yang membantu menyelamatkan mangsa banjir. Katanya, apa yang menarik perhatiannya ketika membuat tinjauan di pusat pemindahan sementara itu apabila mangsa banjir memaklumkan mereka mendapat makanan segar seperti ayam, daging dan kambing. “Mereka memberitahu hanya makan sardin pada hari pertama banjir saja, selepas itu mereka mendapat makanan segar termasuk kari dan keadaan itu adalah lebih baik daripada menu sardin dan biskut kering, " katanya. Katanya, tinjauan dan peluang bertemu mangsa banjir sekitar Labis memberi kesempatan kepada beliau untuk mengucapkan terima kasih terhadap sokongan penduduk kepada Mohd Azahar selaku calon Barisan Nasional (BN) menerusi kemenangan memberangsangkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Ahad lalu |
Wednesday, February 2, 2011
BN PERIHATIN DENGAN MANGSA BANJIR
Label:
BANJIR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment