Parti Kencing Rakyat @ Parti Kian Rapuh @ Parti Koyak Rabak?Sunday, February 6, 2011Apa lagi nak cakap mengenai Parti Koyak Rabak ni? Sudah habis benda satu persatu yang kami dedahkan buat rakyat untuk menilai Parti Kian Rapuh ni. Emmmm Kesannya semakin jelas bila makin ramai yang keluar dari Parti Kencing Rakyat ni. "PKR Sabah yang sedang dibelenggu masalah menerima satu lagi tamparan apabila ketua perhubungan negerinya, Pajudin Nordin mengumumkan keluar dari parti dan berhasrat menyertai Umno. Pajudin, 42, yang belumpun sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, petang tadi. Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak serius dalam menangani masalah-masalah dan isu Sabah. "Saya kesal kerana Datuk Seri Anwar selama ini mengatakan bahawa beliau menghormati hak-hak negeri Sabah, tetapi tingkah lakunya jelas menunjukkan bahawa beliau mengamalkan 'cakap tidak serupa bikin'. "Maka saya menganggap PKR di Sabah ini sudah tidak relevan untuk kita jadikan sebagai satu parti masa hadapan atau parti yang dikatakan akan menuju ke Putrajaya... Maka saya mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan saya di dalam parti," katanya. Katanya beliau telah mengemukakan surat perletakan jawatan lewat petang tadi melalui faks, SMS, dan e-mel ke PKR pusat dan percaya ramai lagi ahli PKR terutamanya ketua-ketua dan ahli jawatankuasa cabang akan turut serta meninggalkan parti kerana ada yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap cara kepimpinan pusat. "Saya percaya keputusan untuk keluar dari PKR akan disusuli oleh ramai lagi rakan-rakan kepimpinan yang berada dalam PKR Sabah bila melihat senario politik PKR yang kita anggap sebagai satu parti yang sudah kucar-kacir, tidak ada hala tuju dan tidak ada pembelaan daripada pemimpin-pemimpin di peringkat pusat," tambahnya lagi. |
Sunday, February 6, 2011
BN VS PAS
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment