Merlimau adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin. Dahulu pekan ini adalah simpang empat yang sibuk kerana ia menghubungkan Melaka, Muar, Jasin dan perkampungan Batu Gajah. Semenjak jalan pintas Melaka-Muar dibuka pada sekitar tahun 1970an, pekan ini agak lengang. Keadaan ini berubah apabila kawasan perumahan , bandar baru serta institusi pendidikan diwujudkan. Contohnya jika dulu terdapat 2 buah sekolah menengah di sepanjang jalan ke Jasin, iaitu Sekolah Datuk Abdul rahman Yaakub (SDARY) dan Sekolah Dang Anum (SDA, kini terdapat juga Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin. Selain itu, terdapat sebuah Pusat Kokurikulum di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Melaka yang beroperasi di Kampung Lanchang (8 km dari Merlimau). Lebih dikenali sebagai Kem Lanchang yang menjalankan aktiviti pendidikan luar seperti berkayak, membaca kompas dan orienteering, berbasikal lasak, memanjat tembok tiruan, litar cabaran aras tinggi dan aktiviti terbaru yang dimasukkan adalah paint ball. Merlimau dapat dikunjungi dari Bandaraya Melaka sekitar 20-30 minit dari susur keluar Merlimau Jasin di Lipat Kajang, jika anda menggunakan lebuhraya PLUS. Anda mungkin memerlukan masa yang lebih panjang jika menggunakan jalan persekutuan dari Melaka atau Muar. Ada dua syarikat bas yang memberikan perkhidmatannya dari Melaka Sentral menggunakan jalan tersebut iaitu syarikat bas MOS dan Kenderaan Aziz. Jalanraya 4 lorong Simpang Ampat-Melaka-Muar telah siap yang dikenali dengan nama Lebuh AMJ, persimpangan yang menghubungkannya dengan pekan Merlimau hanya di sekitar 3 kilometer dari pekan tersebut.Merlimau tiada jaringan kereta api. Jika pengunjung ingin menggunakan perkhidmatan kereta api boleh turun di Stesen Kereta Api Pulau Sebang di Alor Gajah (dahulu dikenali Stesen Tampin) yang jaraknya 53 kilometer dari Pekan Merlimau atau menggunakan Stesen Kereta Api Batang Melaka sejauh 42 kilometer dari Pekan Merlimau. Namun hanya Ekspres Sinaran Pagi, Sinaran Petang dan Senandung Malam sahaja yang berhenti di stesen Batang Melaka.Manakala Stesen KTMB Pulau Sebang semua jenis ekspres KTM berhenti di stesen ini. Terdapat beberapa kemudahan awam di pekan Merlimau. Antaranya Balai Bomba dan Penyelamat, pusat kesihatan, klinik persendirian, perhentian bas dan pejabat pos. Balai polis pula sekitar 1 kilometer di selatan, di sebelah jalan menuju ke Muar. Kemudahan ATM BSN Giro terdapat di Jalan Batu Gajah sementara ATM Mayban di luar pekan, iaitu di jalan masuk Taman Debunga. Terdapat beberapa tempat bersejarah bagi Merlimau. Antaranya rumah Penghulu Nattar. Di Kampung Simpang Laut, pengunjung boleh melawat makam Tun Teja. Sejarah Tun Teja bertautan dengan era Kesultanan Melaka. Untuk makan malam, pelawat boleh mengunjungi medan ikan bakar di Serkam (sejauh sekitar 5 kilometer) atau Umbai (sejauh sekitar 10 kilometer). Terdapat sebuah rumah rihat berhampiran dengan pekan untuk mereka yang hendak bermalam di sana. Ada lagi potensi pelancongan yang belum dibangunkan. Antaranya hutan paya bakau. Jika chalet penginapan didirikan, ia boleh memberikan pengunjung suasana yang berbeza. Hutan paya bakau sudah tidak banyak kelihatan di Melaka kerana keperluan tanah untuk pembangunan. Namun di sini ia boleh di dapati di sepanjang 6 kilometer pantai landai dan berlumpur dari Pengkalan Samak sehingga muara Sungai Kesang yang memisahkan Johor dan Melaka. Terdapat sedikit gangguan, tetapi secara keseluruhannya masih terpelihara. Pengunjung juga boleh melihat projek akua-kultur ternakan kupang di Sebatu. |
Tuesday, February 1, 2011
INFO PRK N 27 MERLIMAU
Label:
PRK MERLIMAU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment