Selepas PRU 2008, negara menyaksikan rekod 17 pilihan raya kecil (PRK) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan Parlimen Permatang Pauh, DUN Bukit Selambau dan DUN Penanti, manakala gagal mempertahankan Parlimen Hulu Selangor yang dirampas semula oleh BN. PAS pula berjaya merampas semula Parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO, berjaya mempertahankan Parlimen Bukit Gantang, DUN Manek Urai, DUN Permatang Pasir dan gagal mempertahankan DUN Galas di tangan UMNO. DAP pula berjaya merampas Parlimen Sibu daripada BN. BN turut berjaya mempertahankan DUN Bagan Pinang, Batang Air, Parlimen Batu Sapi dan yang terkini pula di DUN Tenang baru-baru ini. BN dijangka mempertahankan DUN Merlimau dan Kerdau dalam siri PRK yang dijadualkan pada 6 Mac depan. Begitulah senario PRK yang semakin sengit di antara BN dan pembangkang. Persaingan di PRK juga tidak seperti dulu dan dilihat semakin terbuka sehingga semua parti politik terpaksa berhempas pulas untuk memastikan kemenangan calonnya. Apa yang pasti BN dan pembangkang tidak boleh mendabik dada dengan kemenangan masing-masing. Di sebalik beberapa PRK itu, peratusan peningkatan undi masyarakat Melayu dan India dilaporkan beralih angin semula kepada BN secara berperingkat-peringkat bermula dari PRK Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas dan Tenang. Prestasi pengundi Cina difahamkan belum sampai pada tahap memuaskan walaupun sudah ada petunjuk yang meyakinkan di PRK Galas dan Tenang. Tumpuan kini tertumpu ke arah PRK Merlimau dan Kerdau - sejauh mana seramai 2,225 pengundi Cina di Merlimau dan 454 di Kerdau dapat beralih kepada calon BN kali ini. BN, kali ini beliau mahu memastikan seramai 1,567 pengundi India di Merlimau dan 298 pengundi di Kerdau terus bersama BN. |
Sunday, February 27, 2011
MENJELANG PRU 13.....
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment