Wednesday, February 2, 2011

Muhyiddin: Sikap bohong, khianat Anwar punca anggota keluar PKR

MUAR, 2 Feb — Sikap pembohong besar dan khianat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim lambat laun akan menyebabkan beliau ditinggalkan seorang diri, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sikap itu, kata Muhyiddin, telah menyebabkan ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu "chow liao" atau cabut lari beramai-ramai. Terbaru adalah Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang keluar dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 29 Januari lalu.

"Semua pengasas bersama sudah 'chow liao', lari tinggalkan Anwar seorang sahaja.

"Terbaru Gobalakrishnan . . . mereka tak percaya kerana Anwar pembohong besar, pengkhianat negara," katanya sambil menambah Anwar telah membuat pelbagai cerita di dalam dan luar negara yang tidak membawa sebarang kebaikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir kawasan parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh, di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata BN tidak gentar dengan hasrat Anwar untuk membuat lawatan ke 30 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi penerangan kepada orang ramai.

Ini kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, katanya.

Beliau berkata BN sentiasa bersedia di mana-mana kawasan untuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat mengenai dakwaan Anwar terhadap kerajaan.

"Kian hari kepercayaan orang kian runtuh, jadi dia (Anwar) mungkin rasa perlu gerak ke pelbagai tempat untuk tambah jangka hayat nyawa ikan yang masih tinggal.

"Saya cadangkan dia gerak ke seluruh negara bukan 30 kawasan sahaja kerana imej dia sudah teruk dan orang tidak percaya," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]