Wednesday, February 9, 2011

PRK MERLIMAU : APA MUSLIHAT PKR?

APA MUSLIHAT PKR TIDAK BERTANDING DI MERLIMAU?


Difahamkan PKR tidak akan menurunkan ayam tambatan untuk merebut kerusi DUN Merlimau atas beberapa faktor yang tidak memihak kepada PKR. Malah Ketua - Ketua Cabang di Melaka telah menyusun dan telah menghantar nama - nama yang sesuai kepada Ketua Umum sekiranya PKR berhasrat untuk bertanding.

Sehingga kini PKR dalam rundingan dengan PAS, telah bersetuju untuk memberi laluan kepada PAS untuk menentukan Calon untuk bertanding. Dalam senario ini timbul beberapa persoalan dikalangan pemimpin PKR Melaka adakah keputusan yang dibuat oleh Anwar ini memberi untung kepada PKR atau memberi untung kepada PAS?.

Desas desus mula kedengaran di Melaka terdapat ketua - ketua Cabang mula pertikai tindakan Anwar ini. Yang jelas kata mereka PKR Melaka tidak akan turun untuk membantu Calon PAS nanti. Ada juga yang memberi amaran kepada Anwar tunggu dan lihat akibat dari penarikan diri ini.

Rata - rata tidak berbuas hati kerana kerusi tersebut milik PKR dan sudah semestinya PKR yang meletakkan calon. Anwar akan terima akibatnya..... " paling tidak sebelum atau selepas PRK DUN Merlimau akan menyaksikan beberapa buah Cabang akan dibubar untuk sebagai tanda protes dan marah kepada Ketua Umum.

Begitu juga PAS jangan merasa selesa kerana berjaya meletakan calon PAS dalam PRK ini. PAS dan calonnya juga akan menerima balasan dari orang - orang PKR di Melaka. Khabar angin bertiup orang - orang PKR akan membuat satu kejutan dalam PRK ini. Apa tindakan yang akan dibuat belum diketahui. Sumber terdekat menyatakan beberapa pemimpin kanan PKR yang kecewa akan membuat roadshow di PRK Merlimau untuk menjelaskan kedudukan yang sebenarnya dalam PKR dan memberi ruang kepada Calon BN untuk naik ke pentas mereka.

Segala teka teka kenapa PKR tidak meletakkan calon di Merlimau hanya Anwar sahaja yang dapat menjawab. Kenapa PAS beriya - iya meletakan calon juga menimbulkan persoalan. Bahang DUN Tenang masih terasa. Kekalahan yang memalukan di DUN Teang masih berlegar di setiap benak pemikiran pemimpin PAS.
PAS cuba memperbaiki kesilapan dan kelemahan di Tenang untuk dibawa ke Merlimau. Di Merlimaulah tempat untuk membaiki kesilapan, itu pun kalau berjaya. Apa pun segala tektik politik PKR merimaskan PAS, menjadikan PAS berada dalam keadaan rimas dan tidak konsisten untuk bertanding. Pengundi Merlimau menunggu saat dan ketika sahaja untuk mengikut rentak gendang yang dipalu oleh PKR dan PAS.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]