Tuesday, February 8, 2011

SEJUTA ALASAN....

Merlimau – Di Sebalik Semua Alasan, PAS Masih Bertanding

Bila saja PAS diisytihar kalah di Tenang, bermacam ulasan dan andaian yang diberikan pemimpin PAS bagi menjustifikasikan sebab kekalahan mereka.  Ada yang dipetik sebagai berkata jentera kerajaan digunakan, SPR tidak adil, prose pemilihan tidak telus, demokrasi mati bla bla segala apalah yang boleh dicakap, asal saja boleh tutup peluang untuk orang persoal balik kebenaran alasan yang diberikan.
Tapi baru diberitakan sebentar tadi bahawa PAS akan bertanding di Merlimau, memadam hasrat si ketot AMK untuk menjadi calon.
Sedangkan, kalau kita amat-amati alasan semua itu, semuanya berkaitan dengan perkara premier dan melibatkan pihak yang sama yang akan terlibat di PRK Merlimau nanti iaitu SPR dan kerajaan BN.   
Pendek kata, apa yang mereka percaya berlaku di Tenang sebelum ini seperti penggunaan jentera kerajaan, proses yang tidak telus dan sebagainya, akan juga berlaku di PRK Merlimau.  Silap-silap, keputusan pun sama juga (PAS kalah).
Tapi bila PAS mahu bertanding di Merlimau, seolahnya PAS masih percaya dengan SPR dan kerajaan pusat untuk mengendalikan proses pilihanraya yang aman dan adil. 
Hairan juga sebab baru beberapa minggu sudah PAS menjadikan alasan-alasan premier yang di atas sebagai punca yang menyebabkan kekalahannya dan sekarang PAS masih mahu bertanding menyedari alasan-alasan tersebut masih wujud.
Cepat benar PAS lupa dan membuka buku baru.  Kenapa itu berlaku ya?
Tiada alasan lain bagi menjustifikasikan tindakan ini melainkan PAS sebenarnya menipu ahli-ahlinya dengan menyalahkan pihak lain bila mana berlaku kekalahan yang melibatkan PAS.  Yang sebenarnya kekalahan itu adalah disebabkan calon PAS dan jenteranya sendiri, takde kena mengena dengan SPR dan kerajaan pusat pun.
Tapi PAS tak mahulah sebut yang itu, jatuhlah maruah dia nanti, sebaliknya PAS sanggup jadi munafik dengan berbohong menyalahkan pihak lain sebagai punca, tidak terkecuali bencana banjir yang menimpa penduduk dan pengundi di Tenang.
Jangan kalau menang tu kang, yang elok-elok sajalah yang disebut, tak lupa banding dengan perjuangan Nabi saw.
Penulis nak tanya lah kepada kepimpinan PAS atau mana macai yang berkemampuan menjawab, kalau dah tak percaya dengan sistem demokrasi di Malaysia ini, kenapa masih memilih bertanding? 
Satu ke dua kali (Galas dan Tenang) bolehlah terima alasan bodoh ni tapi kalau dah masuk kali ke tiga dalam jurang masa yang tak berapa nak lama, siapa yang boleh percaya lagi?
Kita bukan cakap kelayakan PAS bertanding seperti mana diperuntukkan undang-undang dan perlembagaan, memang selama hari ini pun kerajaan BN menjalankan proses demokrasi dan memberi peluang sama rata kepada semua pihak. 
Yang kita persoalkan ialah kredebiliti PAS, dah tuduh macam-macam sebelum ini, alih-alih masih nak bertanding jugak?
Zaman berubah, pasir berubah, PAS masih tak berubah.  Hipkorit, kuat membohong masih menjadi teras perjuangannya.  Disebalik semua itu, PAS mengaku memperjuangkan Islam. 
Entah apalah hal dalam seluar calon BN bertanding yang akan terdedah selepas ini, tak dapat yang berfakta, PAS akan reka cerita – macam biasa.  Dah banyak dah yang kita tengok, dari kes pembunuhan Altantunya, komisen beli kapal selam dan sebagainya, semua pun hanya ada air liur yang berterabur, tak ketinggalan Akuan Bersumpah yang bertukar isi dalam selang sehari.
Bila tanya mana dia proof,  ooh polan today sana ada tulis, polan jubor sana ada cakap. 
Penulis bukan ahli nujum dan tidak berniat ke arah itu pun, tapi penulis yakin dan percaya bahawa selagi PAS macam ini, selagi itu PAS akan terus ditolak majoriti pengundi, tidak terkecuali di Merlimau.  Ini tidak ada kena mengena dengan apa polisi dan pihak-pihak seperti SPR yang sering disebut, sebaliknya ialah mengenai salah diri sendiri.
Yang boleh buat PAS bernafas dari lemas pun ialah isu perkauman yang dimainkan DAP sehingga menjamin undi orang cina kepada mereka.  Dan percayalah, kalau ramalan ku ini benar belaka (PAS kalah), alasan sama akan disebut semula.
Bila la nak berubah ooii…

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]